suria

Seni Tari Bentuk Disiplin Generasi Muda

SELAIN ilmu akademik, bakat anak-anak yang digilap sejak usia muda dilihat mampu membentuk keperibadian diri yang lebih berdaya tahan dan berkeyakinan untuk mengharungi cabaran sama ada di alam persekolahan, mahupun pekerjaan.

Jadi tidak hairanlah jika ada di kalangan ibu bapa yang mahu anak mereka dilihat istimewa kerana adanya nilai tambah dalam diri, selain cemerlang di peringkat akademik.

Kelas tarian khusus buat kanak-kanak pra sekolah adalah antara yang menjadi satu trend untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka mengenali salah satu cabang seni itu.

Kelas Tari Show yang ditubuhkan Purple Talent Studio ini melatih kanak-kanak seawal usia lima tahun.

Selain dapat membina perwatakan setiap kanak-kanak ini, kelas ini juga membentuk disiplin dalam diri mereka.

Rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan hasil serta perubahan yang ditunjukkan anak mereka selepas menyertai kelas Tari Show ini.

Bukan kerana ingin melibatkan kanak-kanak ini di dalam dunia seni, ramai ibu bapa berpendapat kelas ini hanya sekadar mengisi masa lapang mereka pada hari minggu.



Tari Show, Purple Talent Studio

Artikel Lain