KUNJUNGAN penulis ke Beijing mungkin singkat tetapi memori yang terpahat di kotak ingatan pastinya kekal sepanjang hayat!Kota metropolis ini jelas gabungan unggul alam semula jadi, budaya dan sejarah. Banyak sekali yang ingin dilihat dan dilawati dalam kunjungan yang begitu singkat.Bagi mereka yang menjejakkan kaki kali pertama ke Beijing, bandar kedua terbesar di China selepas Shanghai, semestinya mahu mengalami semua keunikan yang ada di kota ini. Dengan waktu yang terhad, perlulah bijak membuat pilihan dan keutamaan dan inilah yang penulis lakukan.ISTANA MUSIM PANAS Tanpa membuang masa, penulis 'menjelajah' Beijing pada hari pertama tiba, (22 April) bersama Chee Nyuk Yan, penulis rencana kanan from Nanyang Siang Pau. Pastinya, kelebihan berbahasa Mandarin akan memudahkan lagi pergerakan terutamanya apabila sesat atau memerlukan panduan mencari arah.Penulis sebenarnya bernasib baik dengan kehadiran Yan, jika tidak, sukar sekali untuk bergerak ke sana-sini dengan berbekalkan hanya ungkapan "Sie Sie" dan "Ni Hau" (Mandarin untuk terima kasih dan helo).Jauh juga kami berjalan daripada hotel lima bintang (Royal King Hotel) di mana kami menginap untuk meninjau kawasan sekitar di samping Yan juga mahu mencari makanan tengah hari.Makanan bagi penulis, merupakan perkara kedua kerana sudah ada bekalan biskut dan kurma yang dibawa untuk perjalanan ke Beijing ini.Berjalan hampir dua kilometer dari hotel mencari kompleks membelibelah adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan.Kami terpaksa melintasi beberapa persimpangan dan ada ketika hanya tercegat di tepi jalan, memerhatikan kenderaan yang datang dari pelbagai arah serta kumpulan orang ramai yang melintas ketika lampu isyarat untuk pejalan kaki masih merah.Ada masa juga kami terpaksa mempercepatkan langkah, berlari-lari anak supaya tidak dilanggar kereta mahupun basikal!Selepas seketika, sampai juga kami ke kompleks membelibelah yang terhampir dapat kami kunjungi, Lotus Super Centre. Selepas berlegarlegar melihat barangan yang dijual dan penulis membeli 'adaptor' berharga 39.90 yuan (kirakira RM20), kami mengambil teksi untuk ke lokasi pelancongan yang terdekat, Istana Musim Panas (The Summer Palace).Ia terletak kirakira 15 km dari bahagian tengah Beijing. Tambang teksi dari kompleks itu ke Istana Musim Panas ialah 16 yuan (kirakira RM8).Teksi di kota besar ini mempunyai warna badan jingga dan bahagian atasnya putih, hijau, ata cokelat dan mungkin juga pelbagai warna lain yang tidak saya ketahui.Satu perkara yang pasti, teksi yang kami naiki atau lihat di jalan raya begitu bersih termasuk di bahagian dalamnya.Tambang bermula dari 10 yuan (kirakira RM5) dan anda boleh mendapatkan resit tambang apabila sampai ke destinasi.PENUH KEHEBATANTiket untuk masuk ke Istana Musim Panas ini yang meliputi kawasan seluas sekitar 294 hektar ialah 30 yuan. Ada juga tarikan lain di dalam kawasan ini yang memerlukan anda membeli tiket berasingan.Bagi saya bersiarsiar di kawasan istana yang sungguh mengkagumkan ini sudah memadai sambil memerhatikan pelbagai ragam ribuan pengunjung yang ada. Membeli peta lokasi berharga 10 yuan juga boleh membantu anda sekiranya tiada pemandu pelancong bersama anda.Di mana-mana lokasi pelancongan di Beijing, lumrah untuk melihat kumpulan pelancongan dengan pemandu pelancongnya memegang bendera yang beraneka warna.Sekiranya anda bernasib baik, bolehlah anda memasang telinga (ini yang saya lakukan) untuk mendengar penerangan pemandu pelancong yang berbahasa Inggeris. Malangnya saya perhatikan tidak ramai.Kegemilangan Istana Musim Panas ini terserlah dengan bangunanbangunan lama yang masih tersergam gagah serta landskap yang pasti membuatkan pengunjung terpegun dan terpesona dengan keindahannya.Istana Musim Panas ini disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan BangsaBangsa Bersatu (Unesco)pada 1998.Istana ini disebut taman agung terbesar dan terbaik dipelihara di dunia serta di China dewasa ini. Nama Cina untuk taman ini ialah YiHeYuan, bermaksud 'Taman Harmoni yang Terpelihara' atau 'Taman untuk Mengekalkan Kesihatan dan Harmoni'. Menurut sejarah, Istana ini berfungsi sebagai istana singgah untuk maharajamaharaja Dinasti Qing. Maharaja, maharani, gundik-gundik serta keseluruhan rombongan baginda akan pergi Istana berkenaan apabila cuaca di Beijing menjadi terlalu panas.Satu daripada ciri landskap utama Istana ini ialah Tasik Kunming yang luasnya 2.2 kilometer persegi. Sewaktu musim sejuk, ia digunakan untuk aktiviti luncur ais.Ketika melangkah meninggalkan Istana Musim Panas ini, saya terpandang Papan Notis yang menyatakan seramai 21,000 orang melawat Istana ini pada 21 April dan 20,000 lagi dijangka datang pada keesokan harinya.TEMBOK BESAR CHINAPada hari kedua terakhir saya di Beijing, saya mengambil pakej pelancongan berpandu untuk melawat Tembok Besar Cina dan beberapa lokasi pelancongan lain dengan bayaran 350 yuan seorang."Musim bunga sekarang memang masa yang bagus untuk melawat Beijing tetapi musim luruh lagi bagus. Cuaca dingin dan nyaman," kata Janet Yang, pemandu pelancong kami.Beliau melakukan pekerjaan itu sejak setahun setengah yang lalu. Musim panas di Beijing, katanya amat panas dan berjerubu.Bertubuh kecil molek dengan rambut panjang dan ikal, Yang, pada saya, sebahagian daripada generasi muda China yang menunjukkan personaliti yang cekal dan berdikari.Menerusi pekerjaannya sebagai pemandu pelancong, sudah tentu Yang membantu usaha kerajaan China mengekalkan sejarah dan budaya tanah besar yang kaya ini.Tembok Besar China, yang panjangnya lebih 6,000 km dan melingkari bahagian utara negara berkenaan dikenali sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia.Berdasarkan sejarah, ia berusia lebih 2,000 tahun sehinggakan ada bahagian-bahagian tertentu dilaporkan rosak. Pembinaan tembok ini ialah untuk menyekat kaum nomad Mongol daripada memasuki China.Yang turut memberi sedikit sebanyak latar belakang sejarah Tembok Besar China serta beberapa legenda yang dikaitkan dengan tembok bersejarah itu.Ada enam orang dalam kumpulan kami. Di samping Yan dan saya, turut serta ialah Nisarat Wangchumtang, dari APLF (Asia Pacific Leadership Forum on HIV and Aids and Development), penganjur seminar HIV dan Aids yang kami hadiri dan dua wanita Sweden serta seorang lelaki Belgium.TEMBOK BESAR BADALINGTembok Besar China ini mempunyai banyak bahagian untuk dikunjungi dan untuk tujuan lawatan ini, kami dibawa ke Tembok Besar Badaling, terletak lebih 70 km ke barat laut Beijing. Tembok ini dilaporkan sebagai bahagian Tembok Besar China yang terbaik dipelihara.Perjalanan ke Tembok Besar Badaling mengambil masa kirakira 55 minit. Trafik di sesetengah tempat agak sibuk dengan kereta dan bas pelancongan memandangkan hari itu ialah hari Sabtu.Saya melihat dengan penuh rasa kagum sebaik sahaja kelihatan Tembok Besar Badaling, antara perkara yang sering dibaca dan dipelajari di dalam buku-buku sejarah.Mereka yang berkunjung ke Tembok Besar ini boleh mendapatkan sijil pendakian beserta gambar peribadi berlatarkan Tembok ini dengan bayaran hanya 100 yuan. Sijil serta gambar ini akan siap sebaik sahaja pendakian anda selesai.Bagi saya yang sememangnya banyak menghabiskan masa di pejabat dan kurang senaman, pendakian Tembok ini begitu meletihkan. Ada ketika saya perlu berhenti untuk mengambil udara lebihlebih lagi apabila tangga yang didaki semakin tinggi.Pada pandangan saya, pendakian ini sukar kerana ketinggian anak tangganya tidak seragam.Di sesetengah tempat, saya terpaksa berpaut kepada selusur dan menolak badan saya ke atas. Terngiang-ngiang di telinga saya, katakata Yang "Anda perlu menjadi hero untuk mendaki Tembok Besar" dan saya bukanlah orang yang mudah mengaku kalah.Apa tah lagi di tengah pendakian, saya bertemu seorang budak lelaki yang berusia lapan tahun dengan kakaknya.Kanak-kanak ini langsung tidak menunjukkan rasa letih dan ini mendorong saya untuk meneruskan pendakian. Kalau budak lelaki itu boleh, tentunya saya pun boleh, sambil memandang ke arahnya yang begitu cergas mendaki.Sesekali angin bertiup kencang apabila pendakian semakin tinggi, menjadikan udara sekeliling begitu sejuk sekali. Saya juga dapati, semakin tinggi, semakin kurang orang yang memanjat.Terdapat juga penjual barangan cendera hati di atas tembok ini tetapi harganya ternyata berlipat kali ganda daripada apa yang anda beli di pusat bandar. HARI TERAKHIR DI BEIJINGPada hari terakhir sebelum berlepas pulang, saya berpeluang berkunjung ke Tiananmen Square dan Forbidden City.Lawatan ini menjadi mudah dengan adanya Qiao Xin, editor Asiaworks Television yang ditemui sewaktu seminar mengenai HIV dan Aids. Di samping Yan, Nisarat dan saya, turut bersama kami ialah Jeanne Mary Hallacy, perunding seminar.Meskipun kami tiba di kawasan yang ingin dilawati sekitar pukul 8, jalan raya di sekitar lokasi sudah mulai sibuk. Di lokasi yang dituju, sebenarnya di samping Tiananmen Square dan Forbidden City, ada satu lagi tempat bersejarah dikenali sebagai Qianmen Street.Yang menariknya tentang Qianmen Street yang panjangnya kirakira 840 meter, sejarahnya bermula dari Dinasti Yuan (12061368) dan muncul kemudian menjadi kawasan perniagaan yang sibuk.Pada lewat 2002, pihak berkuasa berkenaan melakukan kerja pembaikan secara besar-besaran untuk mengekalkan