Hamidzun KhairuddinKLANG: Kira-kira 80% calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor akan menampilkan muka-muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), menurut sumber.Pakatan Raya juga dijangka akan menurunkan muka baru di beberapa 56 DUN tetapi tidak seramai yang dilakukan BN kerana kebanyakan calon mereka merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penggal pertama.Sumber BN berkata: "Kami akan menurunkan kebanyakan calon bertenaga."Calon baru yang akan diturunkan termasuk Timbalan Ketua Umno Klang, Nazarrudin M.Zin, Ketua Pemuda Umno Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, Presiden Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, Ketua MCA Sepang Ng Chok Sin dan Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling.Sementara itu, ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil yang memegang jawatan tersebut selama lima penggal secara sukarela ingin bertanding di kerusi Parlimen Kapar.