Sungai Klang yang memisahkan Puchong dan Taman Medan dicemari sampah-sarap.PENDUDUK-penduduk yang tinggal dekat Sungai Klang di Puchong digemparkan dengan bau busuk setiap pagi selama setahun.Bau busuk itu datang dari timbunan sampah yang berselerak sepanjang 500 meter di kedua-dua belah tebing sungai.Penduduk-penduduk yang tinggal di sebuah kondominium berhampiran berkata timbunan sampah itu turut menjadi tempat pembiakan nyamuk dan mengundang kehadiran tikus.Baru-baru ini, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han, beberapa pegawai dari Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pasukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan pemeriksaan ke tapak tersebut."Kami menerima banyak aduan mengenai pembuangan sampah-sarap secara haram dan pembakaran terbuka di sini," kata Ng.Ketika tinjauan itu, mereka terpaksa berjalan kaki memasuki kawasan itu kerana boomgate telah dipasang baru-baru ini untuk menghalang kenderaan memasuki tapak tersebut.Timbunan sampah-sarap yang terdapat disitu kebanyakannya terdiri daripada bahan buangan dari tapak pembinaan dan pejabat.Ng berkata sampah-sarap itu turut dibuang ke dalam sungai."Kita perlu mengambil tindakan dengan segera. Tebing sungai yang satu lagi adalah dibawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)," katanya.Gobind berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang membuang bahan buangan di tapak tersebut."Kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang supaya masalah ini boleh diselesaikan sepenuhnya," katanya.Beliau berkata, pihak berkuasa harus menyiasat insiden mengenai pembakaran terbuka itu.