Pemenang hadiah utama, Ken Lee (kanan) bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MYC, Jason Ko (kiri) dan Gail Ong selepas majlis penyampaian hadiah.PARA pengunjung dikejutkan dengan 100 pintu depan kedai di pusat membeli-belah 1 Shamelin Kuala Lumpur dengan wajah baru yang menarik.Wajah baru itu merupakan kerjsama dengan Kuala Lumpur Street Art Festival (KLSAF) 2013 di mana penggiat seni jalanan diberikan peluang untuk berkongsi kreativiti mereka pada pintu depan kedai di dalam pusat membeli-belah tersebut.KLSAF merupakan sebahagian daripada misi Shamelin KL untuk menjadi hab buat penggiat seni dan usahawan muda tempatan. Aktiviti itu menawarkan hadiah wang tunai RM16,500.Pengurus Komunikasi dan Pemasaran 1 Shamelin, Gail Ong berkata, pusat membeli-belah itu direka sebagai tempat untuk rakyat Malaysia meluahkan idea dan kreativiti mereka.“Matlamat kami adalah memberikan lokasi kepada generasi muda untuk melakukan aktiviti seumpama ini,” katanya. KLSAF 2013 dikendalikan oleh Malaysia Youth Community (MYC!) dan acara akhir diadakan pada 21 Disember lalu di mana hiasan seni pintu depan kedai dipamerkan kepada orang ramai.Lebih 100 pelajar, terutama mereka dari Saito College, Management and Science University (MSU) dan Dasein Academy of Art, membuat rekaan intrinsik menggunakan cat Dulux.Pelajar Saito, Ken Lee memenangi hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 manakala usahasama antaera Loo Loh Hew dengan rakan-rakannya dari Dasein College mendapat tempat kedua dengan kemenangan wang tunai RM3,000.Pelajar Saito, Pang Yi Jin memenangi hadiah ketiga berupa wang tunai RM2,000.