suria

Tempat Barang Buangan Ditutup Kerana Beroperasi Secara Haram

Para pegawai MPSJ merampas penimbang berat dalam satu operasi terhadap vendor serpihan logam di Subang Jaya dan Puchong.
Para pegawai MPSJ merampas penimbang berat dalam satu operasi terhadap vendor serpihan logam di Subang Jaya dan Puchong.
Para pegawai MPSJ merampas penimbang berat dalam satu operasi terhadap vendor serpihan logam di Subang Jaya dan Puchong.

SEBANYAK empat tempat barang buangan di Puchong memulakan tahun 2014 dengan nasib malang apabila kesemuanya disita dalam satu operasi pada malam Tahun Baru.

Para pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) membuat rampasan antaranya adalah penimbang berat dan silinder gas.

Pemilik perniagaan itu dilihat bertengkar dengan para pegawai bagi mendesak supaya barang-barangnya yang dirampas itu dikembalikan semula.

Salah satu tempat barang buangan itu terletak di sebuah rumah lama di Jalan Puchong, manakala yang lain di Jalan Bakawali dan Jalan BP 6/5.

Menurut Pengarah Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (Rtd) Mohd Rasip Rasul, lesen-lesen akan dikeluar kepada tempat buangan serpihan metal sekiranya premis mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh majlis perbandaran.

“Tapak itu terletak di kawasan perindustrian, dan tidak menyebabkan masalah kepada penduduk-penduduk dan jiran-jiran,” katanya.

Keempat-empat pemilik tapak berkenaan tidak membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan lesen.

Kebanyakan barang buangan bersepah di kawasan premis, malah memenuhi kawasan tempat letak kereta berdekatan.

Seramai 28 pegawai penguatkuasa dari MPSJ, 16 dari Tenaga Nasional Berhad dan dua pegawai polis dari balai polis Bukit Puchong yang terlibat dalam serbuan itu.

Operasi itu merupakan kali kedua dalam tempoh dua bulan.

Saman yang dikenakan kerana menjalankan operasi tanpa lesen adalah maksimum RM1,000 dengan pihak majlis perbandaran mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita premis itu di bawah undang-undang kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian.

Sementara itu, satu premis yang berlesen di Jalan BP 6.5 akan dikenakan tindakan undang-undang oleh TNB kerana mengubah meter elektrik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain