suria

Gara-Gara Menara Ikon, Kincir Angin, Semenyih Diserbu

TANPA perlu terbang beribu-ribu batu, kini anda boleh menikmati pemandangan penuh warna-warni bunga-bungaan segar dan replika mercu tanda popular dunia seperti menara Eifel dan kincir angin dengan hanya berkunjung ke Semenyih, Selangor.

Di kawasan seluas kira-kira dua hektar, landskap serta hamparan flora dan fauna itu dapat disaksikan di pameran yang sedang berlangsung di kawasan perumahan Eco Majestic khas untuk orang ramai bermula dari 13 Februari hingga 6 Mac ini.

Disebabkan keindahan pemandangannya di empat bahagian yang menampilkan binaan popular dunia umpama di Paris, Belanda, London dan Shanghai, lokasi ini telah menjadi viral di media sosial dan diserbu puluhan ribu pengunjung.

Malah, buat pertama kalinya lebuhraya Lekas yang menghubungkan Kuala Lumpur/Seremban dengan Semenyih sesak teruk hujung minggu lalu dengan kira-kira 30,000 pengunjung menyerbu pameran ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain