TANPA mengira musim, penggemar raja buah kini boleh tersenyum lebar kerana dapat menikmati keenakannya pada bila-bila masa, cuma bezanya pada harga dan jenis durian yang ditawarkan. Terkenal dengan bau dan rasa yang menyelerakan, durian lazimnya tergolong antara buah-buahan yang mempunyai kalendar setiap tahun. Namun, hasil usaha Baiduri Trading sejak 2000, bekalan durian tidak pernah putus, begitu juga pelanggannya setiap kali gerai yang diusahakan keluarga Shahrul Nizam Ab Talib beroperasi.