suria

Analisis: Muhd Akhyar Jelmaan No 7 Moden

TERTARIK untuk memperkatakan tentang pemain muda berusia 18 tahun ini kerana kehadiranya telah menjadi sebutan ramai peminat bola sepak.

Sayangnya bola sepak Malaysia masih lagi berada di takuk lama dan pemain muda sebaik Muhd Akhyar Abdul Rashid perlu menunggu "masa" untuk menyerlah.

Berbeza jika di Eropah, bakat muda yang seusia Muhd Akhyar dilihat sebagai permata yang sangat bernilai kerana mereka merumuskan masa kemuncak pemain adalah sekitar 20-an sehingga 30 tahun.

Sebagai contoh Cristiano Ronaldo menyertai skuad elit Manchaster United dan terus diberi jersi  keramat nombor 7, milik David Beckham seawal usia 18 tahun dan sehingga kini Ronaldo masih merupakan pemain terbaik dunia!

Seseorang pemain muda yang tiada pengalaman sukar untuk mendapat minit permainan dan inilah penyebab utama mengapa Malaysia kekurangan pemain-pemain yang berkualiti untuk menggalas tugasan Skuad Harimau Malaya.

Malaysia tidak pernah ketandusan bakat muda tetapi mentaliti kita sebagai orang Malaysia masih memikirkan bahawa "pengalaman" itu lebih penting berbanding memikirkan dari sudut bakat dan kemampuan.

Jika mahu memperkatakan mengenai "pengalaman", jadi berilah mereka "pengalaman" jika anda mahukan "pengalaman", jangan kusutkan kepada wahai jurulatih.

Sebagai Contoh, pemain termahal dunia musim lalu, Paul Pogba pernah meminta supaya diberi peluang ketika remaja di Manchester United, namun Alex Ferguson memintanya menunggu.

Bagaimanapun apabila dia menyertai Juventus dan mendapat peluang, dengan pantas Pogba menjadi matang.

Malah United membelinya semula sebagai pemai termahal dunia ketika itu, belajarlah!

Muhd Akhyar Mampu Bermain Di Setiap Posisi

Melihat dari sudut fizikal, Muhd Akhyar tidak memiliki susuk tubuh yang sesuai dan perlu ada pada setiap pemain bola sepak.

Tetapi jangan pula kita lupa bahawa Lionel Messi telah membuktikan sebaliknya apabila mencipta sejarah memenangi Balon d'or sebanyak lima kali dengan tubuh kecil itu.

Apakah Perbezaan No 7 Moden dan Klasik

Perbandingan dalam isu ini agak mudah difahami.

Kita ambil contoh pasukan Manchester United, Role No 7 sememangnya hak mutlak David Beckham dan kekosongan yang ditinggalkan legenda ini sukar dicari ganti.

Tugasan klasik No 7 tidaklah begitu mudah, pasukan memerlukan pemain yang mempunyai ketepatan dalam aspek hantaran jauh.

Lihat bagaimana Beckham memainkan role ini dengan cemerlang di United sehingga membawa pasukan itu menjuarai banyak trofi ketika itu.

Ronaldo memecahkan tradisi itu apabila tiba di Old Trafford sebagai No 7 dalam era bola sepak moden.

Masih memiliki ability dalam hantaran tepat tetapi Ronaldo mampu bergerak secara solo untuk memecah masuk defensive block pasukan lawan dan mampu menghasilkan jaringan (mirip kepada inside forward).

Inilah kemampuan yang dilihat ada kepada Muhd Akhyar, dia mampu memainkan peranan No 7 moden kerana memiliki kesemua kriteria ini.

Apa yang tinggal adalah pengalaman, dalam perlawanan menentang Thailand di Bangkok  dan Singapura (Sukan SEA) baru-baru ini, Muhd Akhyar  kelihatan mampu untuk menggalas tugasan sebagai Free Role No 10 (False No 9 persis Messi di Barcelona).

Dia mempunyai skill individu yang sangat baik, kepantasan, mampu membuat keputusan dengan pantas dan bergerak keseorangan tanpa sokongan untuk sampai ke kawasan lawan.

Jika mahu memperkatakan tentang pemain ini, memang terlalu banyak magis yang telah dicipta, tetapi malangnya pengalaman masih lagi dijadikan ukuran.

Kesimpulan

Malaysia sedang menuju ke arah permodenan dalam setiap sudut bola sepak, jadi diharapkan pihak-pihak yang terlibat melihat bakat-bakat seperti Muhd Akhyar dan pemain lain untuk diberi lebih minit permainan supaya mereka mampu menimba pengalaman yang diharapkan dan lebih matang.

Berbeza dengan Ronaldo, dia merupakan train product jadi tidak hairanlah dia masih lagi hebat walaupun usia sudah melepasi  30 tahun.

Pemain yang dilabel sebagai born to be seperti lagenda bola sepak Brazil Ronaldinho, Ronaldo, Denilson, Rivaldo dan lain-lain akan tenggelam selepas mereka mencapai masa kemuncak dalam karier.

Pengalaman saja tidak cukup jika seseorang pemain itu sudah tidak relevan dengan arus permodenan bola sepak.

Sebelum Muhd Akhyar tenggelam sepertimana permata-permata bola sepak Malaysia sebelum ini yang mana belumpun mencapai masa kemuncak dalam karier mereka, berikanlah lebih masa dalam permainan untuk pemain-pemain sepertinya mendapatkan pengalaman yang diharapkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain