suria

Analisis: OKS Temui DNA Pasukan Malaysia?

MUNGKIN artikel ini kelihatan seperti menongkah arus kerana rata-rata pengulas, pengamal media serta peminat bola sepak tanah air mengecam kerana perlawanan ini dikatakan "hambar".

Ianya dilabel sedemikian kerana Malaysia bermain dalam pace (tempo) permainan yang sederhana, berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Itu hanyalah dari sudut pandang sesetengah peminat serta pengkritik bola sepak yang tidak mahu untuk lebih mendalami "the art of football".

Typical supporters hanya mahukan pasukan bermain dalam pace permainan yang tinggi "kononnya" jika pace permainan ditingkatkan, sesebuah pasukan itu mempunyai peratusan yang tinggi untuk memenangi sesuatu perlawanan.

Pertahanan Barcelona Samuel Umtiti berpendapat, corak permainan yang diterapkan Pep Guardiola (lebih kepada penguasaan bola) bukan sahaja ‘letih’ untuk ditonton, malah kelihatan letih untuk dimainkan.

Tidak cukup dengan itu jurulatih dari Itali, Giovanni Trapattoni juga pernah melahirkan rasa tidak puas hati beliau terhadap metodologi taktikal Guardiola ketika di Bayern Munich.

Beliau berkata, "apa yang saya lihat dalam dunia bola sepak Bayern Munich adalah terlalu banyak penguasaan bola.

“Tick, tack, tick, tack. Tuck, tuck, tuck. Ke sana ke mari. Tetapi hasilnya terlalu sedikit. Selepas 27 minit barulah mereka melakukan cubaan gol. Ia sangat tidak efisien.

"Itu hanyalah segelintir daripada pendapat yang bertentangan dengan falsafah bola sepak Guardiola. Namun jurulatih Manchester City itu ada alasannya.

Guardiola mengamalkan sistem 25 perfect passing dalam melakukan serangan ke arah kubu lawan, bermakna pemain akan saling bertukar-tukar hantaran sesama sendiri sambil membiarkan penyerang dapat meloloskan diri untuk berada di posisi yang sesuai (tiada istilah serangan balas pantas dalam taktikal permainan seumpama ini).

Bangga Melihat Aksi Anak Muda Negara


Setelah mengharungi empat perlawanan, kali ini ternyata memberi impak maksimum kepada penggemar bola sepak tanah air yang mempunyai sudut pandang yang berbeza (thinking out of the box)  kerana Malaysia bermain dalam pace permainan yang seimbang.

Tidak terlalu gopoh dalam melakukan serangan seperti perlawanan-perlawanan lalu yang akhirnya mengakibatkan pemain terpaksa bergerak sendirian apabila support range yang terlampau jauh dari rakan sepasukan berbanding dengan perlawanan pada malam ini yang menyaksikan Malaysia berjaya mengekalkan shape pasukan dengan baik sepanjang 90 minit permainan.

Amrirul Hisyam Awang Kechik selayaknya dianggap sebagai 'hook'  kepada pemain-pemain lain dalam peperangan untuk mendominasi bahagian tengah.

Amirul bermain di posisi DM sebagai pivot tetapi dalam perlawanan ini Amirul kelihatan mampu untuk menggalas tugasan di Role No 8 (Box To Box Midfielder ) jika digilap sepenuhnya) sebagai playmaker.

Bagaimana Malaysia Bertahan

Dua elemen ini digunapakai OKS dalam membendung middle third pasukannya tidak terdedah kepada ancaman.

Defensive highline dimainkan dengan sangat baik yang menyaksikan pemain-pemain Laos agak sukar untuk mendominasi kawasan tengah secara mutlak. Syabas kepada pasukan OKS dan para pemain yang menghiburkan kami dengan konsep "Free Flowing Football".

Taktikal asas dalam bola sepak moden adalah sangat mudah, anda perlu mengecilkan ruang ketika bertahan (compactness) dan membesarkan ruang ketika menyerang (width) tetapi yang menjadi persoalan di sini ialah mengapa OKS lebih gemar menggunakan wide area untuk melakukan crossing?

Cut-back?.. ok! tetapi apabila hantaran dibuat , kita mempunyai kurang dari 60% untuk menghasilkan jaringan.

Mungkin itu dapat diperbaiki dalam perlawanan akan datang.

Thailand dan Vietnam (Thailand sangat dominan dalam sistem total football dan possesion game) dan mereka bukanlah sebuah pasukan biasa tapi jika OKS mengamalkan easy game serta ball possesion yang baik seperti perlawanan pada malam ini, tidak mustahil emas dalam gengaman kita.

Kesimpulan

Pace serta pressing yang tinggi belum tentu menjamin kemenangan sesebuah pasukan tersebut tetapi jika skuad negara mempunyai maestro yang baik, Malaysia akan kembali di segani di pentas Asia.

Berbanding Laos, pemain-pemain Malaysia mempunyai ability yang lebih daripada aspek teknikal seperti first touch dan mampu mengawal athmosphere perlawanan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain