suria

Barisan panjang di pasar raya, orang ramai keluar beli keperluan menjelang ‘total lockdown’ 1 Jun ini

Orang ramai keluar membeli pada Sabtu pagi menjelang 'total lockdown' pada 1 Jun ini. (Gambar Hiasan: GLENN GUAN/The Star)

BIARPUN kerajaan memberi jaminan bahawa sektor penting akau dibuka sepanjang tempoh 'total lockdown' bermula 1 Jun ini, rakyat Malaysia mula keluar membeli stok barangan keperluan seawal 8 pagi hari ini.

Foto-foto orang ramai beratur panjang sehingga ratusan meter turut tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 minggu ‘total lockdown’ mulai 1 Jun

Antara foto yang dikongsi memaparkan orang ramai membeli keperluan di pasar raya biarpun sektor ini akan terus beroperasi dalam tempoh 1 hingga 14 Jun ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Di Lembah Klang, pemilik bisnes dikenali sebagai Natasha Sahzana Azmi, 27, berkata dia keluar membeli pada Sabtu pagi kerana belajar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Ujarnya, keadaan pasti lebih sukar untuk keluar membeli selepas perintah itu dilaksanakan pada 1 Jun ini.

"Saya tak rasa ia keadaan yang luar biasa. Ini hujung minggu, biasanya orang keluar membeli pada waktu ini.

"Kita tak boleh marah orang yang melakukan pembelian panik kerana PKP pertama, kita lihat betapa sukarnya nak membeli kerana barang habis stok.

"Lockdown atau tidak, barisan tetap panjang kerana kita ada banyak sekatan. Lebih baik beli sekarang untuk dapatkan apa yang perlu," ujarnya.

Selain itu, eksekutif pemasaan, Justin Lim, 32, berkata dia keluar membeli untuk keluarga kerana risau kehabisan stok keperluan seperti roti.

"Biarpun kita digalakkan membeli dalam talian, ia sukar kerana penghantaran makan masa dan sesetengah barang sudah tidak segar lagi selepas itu.

"Saya cuba beli dalam talian ketika PKP pertama tetapi ia sangat perlahan," ujarnya. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain