DALAM meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Star Media Group menjemput rakyat Malaysia untuk memilih video Hari Kebangsaan yang paling mencuri perhatian mereka. Selama dua minggu pengundian bermula 31 Ogos sehingga 16 September, 33 video penuh inspirasi daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian turut ditayangkan menerusi https://sites.thestar.com.my/nationaldayvideos2021/. Dengan 9,500 undi diperoleh sepanjang dua minggu kempen, keputusannya kini sudah dimuktamadkan. Tiga video yang dipilih rakyat Malaysia merupakan Shopee, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petronas. Shopee Malaysia bekerjasama dengan penyanyi rap Kayda Aziz untuk menghasilkan video muzik animasi Cerita Orang Kita, yang menampilkan versi animasi enam anggota komuniti penjual tempatan di Shopee dalam tema angkasa lepas untuk menggambarkan secara metafora bagaimana mereka menyasarkan untuk mendarat di bulan dengan perniagaan mereka. Peniaga terlibat ialan PotonGuler (Amirah Norman), Pasar Kedah (Zeeda Aziz), Babymart (Jamie Thoo), Viraller (Juhairi Aziz), Intan Kek Lapis Sarawak (Farah Suhaimi) dan Kedai Buku Bibliophile (Kiridaren Jayakumar) yang mana masing-masing menceritakan kisah inspirasi mereka dalam video itu. Dengan lirik yang ditulis oleh Kayda sendiri, dia bercerita tentang usaha dan perjalanan peniaga e-dagang ini sambil mengingatkan semua orang untuk tidak menyerah dan percaya pada diri mereka sendiri. Video muzik animasi adalah sebahagian daripada inisiatif #ShopeeSapotLokal yang dilancarkan Shopee untuk memberikan bantuan khusus dan meraikan komuniti peniaga tempatan. Demi Cinta oleh Petronas merupakan lagu cinta yang didedikasikan untuk semua rakyat Malaysia dan menjadi peringatan bahawa apa pun yang berlaku, kita pasti akan dapat melaluinya. Ditulis oleh komposer Mohariz Yaakup dan penyanyi Vanessa Reynauld, video animasi yang menyentuh hati itu memaparkan empat rakyat Malaysia melalui keperitan tersendiri dalam tempoh getir ini. Kasih sayang daripada anak-anak, keluarga dan negara menyuntik semangat mereka dan memberi kekuatan untuk mengharungi masa-masa kegelapan ini. TNB mencuri hati rakyat Malaysia sekali lagi, kali ini dengan Raikan Malaysia Kita, sebuah video animasi penuh kegembiraan yang menyinari kisah-kisah inspirasi daripada rakyat dalam menghadapi kesulitan. Ia menceritakan kisah empat rakyat Malaysia iaitu Ridzuan Jamal, Ong Yong Xun, Paramesvary Munumsamy dan Nazirah Abd Rahman serta bagaimana mereka bukan sahaja mengatasi cabaran semasa pandemik Covid-19 malah turut membantu orang lain di sepanjang perjalanan itu. Ini adalah kisah-kisah inspirasi orang biasa yang melakukan perkara luar biasa untuk menolong orang lain. Anda boleh menonton video penuh di https://sites.thestar.com.my/nationaldayvideos2021/. 10 pengundi terbaik yang menjawab "Apa yang membuat anda bangga menjadi rakyat Malaysia?" setelah membuat undi akan menerima barangan eksklusif Star Media Group. Pemenang dipilih daripada lebih 1,000 penyertaan berdasarkan jawapan yang paling kreatif dan jujur. Star Media Group mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjayakan kempen pengundian video ini dan menjanjikan lebih banyak usaha untuk meningkatkan muhibah dan semangat dan keceriaan pada masa akan datang. Nantikan pencarian baharu Star Media Group yang akan datang untuk iklan Tahun Baru Cina yang paling menarik pada tahun 2022. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI