suria

PN capai kata sepakat bahagi kerusi tanpa Umno, BN

MUHYIDDIN mengulas tentang intipati mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada Khamis.

PERIKATAN Nasional (PN) sudah mula menggerakkan usaha bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kini sudah pun mendapat kata sepakat dalam kalangan parti komponen.

Persetujuan itu diperoleh dalam mesyuarat Majlis tertinggi PN, pada Khamis membabitkan Bersatu, PAS, Parti Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gerakan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini tiada sebarang gambaran jelas adakah pembahagian kerusi akan turut membabitkan parti di bawah Barisan Nasional (BN).

ARTIKEL BERKAITAN: Kes baharu Covid-19 meningkat 12,735 kes, Sarawak kekal tertinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Sorry! King Coco tak minat dijodohkan dengan Caprice, cakap pun dah tak pelat mat saleh - “Dulu anak dara, sekarang janda”

“Parti komponen capai kata sepakat untuk pembahagian kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Kita belum dapat pasti hala tuju Umno.

“Belum ada kenyataan yang jelas dari kepimpinan Umno dan BN supaya rundingan kerusi dibuat antara dalam PN.

“Kita jangka PRU akan diadakan tahun depan dan tempoh masa sudah tidak lama. Kalau nak tunggu parti lain buat keputusan atau pun pendirian, ia akan ganggu urusan persiapan.

“Apa yang parti lain nak buat, itu keputusan mereka. Tumpuan kami buat keputusan sendiri dalam kalangan PN saja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis tertinggi PN.

Untuk pengagihan kerusi di Semenanjung akan membabitkan tiga parti, Bersatu, PAS dan Gerakan.

Dalam sidang media sama, Muhyiddin turut mengumumkan pelantikan Saiful Adli Mohd Arshad sebagai Setiausaha Eksekutif PN berkuat kuasa 1 Oktober.

Agenda lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk perancangan untuk menyantuni golongan muda.

“Kita bincang program yang akan dilaksana untuk menyantuni golongan muda selaras dengan Undi18. PN sentiasa komited untuk dokong golongan muda ambil bahagian dalam pilihan raya dan demokrasi,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain