suria

Acryl Sani terus pegang jawatan sebagai KPN, sambung kontrak selama 2 tahun

Surat pelantikan Acryl Sani diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Rabu.

KETUA Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, yang akan bersara wajib awal bulan depan, akan terus memegang jawatan itu selama dua tahun lagi.

Tempoh kontrak baharu Acryl Sani bermula 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober 2023.

Dia berusia 60 tahun pada 3 Oktober.

Surat pelantikan itu diserahkan kepada beliau oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu majlis di Bukit Aman pada Rabu. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain