suria

Marah pengadil sampai tersembur gigi palsu! Penyokong Terengganu kena sakat senyum nampak gusi... “Kutip bang walaupun perit”

Syawal kehilangan dua batang gigi palsu ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.

SEMUA tahu Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menjulang Piala FA buat kali kedua selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Namun di sebalik kegagalan TFC menamatkan penantian 11 tahun untuk membawa pulang Piala FA, timbul peristiwa lucu membabitkan penyokong skuad penyu itu.

Gara-gara terlalu marahkan pengadil, salah seorang penyokong TFC berdepan detik memalukan apabila gigi palsu yang dipakainya tertanggal!

Lebih malang apabila dua batang giginya itu terjatuh ke dalam longkang dengan kedalaman 10 kaki.

Ketika dihubungi mStar, Mohd Syawal Syafiq Alual, 32, menceritakan semula kejadian memalukan yang sempat dirakamkan rakannya sendiri.

“Masa tu saya marahkan pengadil. Saya jerit hoi kepada referee masa Faiz Nasir kena tackle. Tiba-tiba gigi palsu saya tercabut dan tercampak ke dalam longkang.

“Saya rasa gelabah sangat takut orang lain dan kawan-kawan tahu. Saya dah cuba nak ambil sendiri tapi tak lepas pula nak capai. Longkang tu dalam sangat.

“Tapi tidak lama kemudian kawan-kawan perasan gigi saya dah tak ada. Barulah saya baru beritahu mereka yang gigi dah jatuh dalam longkang,” jelasnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor mengucap panjang, lelaki separuh abad berani pasang gigi palsu tiruan sebelum kahwin... Murah, servis dalam bilik hotel je!

ARTIKEL BERKAITAN: Orang muda pakai gigi palsu jangan segan, stres! Cuba 7 tip ini untuk kekal positif

Terdahulu Syawal menjadi 'mangsa' ketawa rakan-rakannya selepas mereka menyedari gigi palsu yang dipakainya jatuh secara tiba-tiba.

Menurut bapa kepada lima cahaya mata ini, dia terpaksa menanggung malu pulang ke Terengganu semula dengan keadaan gigi terlopong pada Ahad.

Malah, rakan-rakan yang turut hadir menyaksikan perlawanan seramai 4 buah kereta pada malam itu turut mentertawakan Syawal sepanjang perjalanan mereka pulang ke Setiu, Terengganu.

Syawal (hadapan) bersama rakan-rakan yang turut hadir menonton perlawanan bola sepak.

“Dah lama saya pakai gigi palsu ni sejak kemalangan patah gigi akibat jatuh masa main bola sepak 10 tahun lepas.

“Malam lepas perlawanan tu kami singgah di hentian Gombak untuk berehat sebab esoknya kami pergi ke Kancil Raja Patin nak makan masakan Ikan Patin Tempoyak di sana.

“Sepanjang perjalanan pulang tu memang kena ‘bahan’. Sampai sekarang pun mereka masih gelakkan saya lagi. Memang mereka akan ingat sampai bila-bila kejadian tu,” ujarnya lagi.

Saya reda saja tak ambil gigi tu... hajatnya nak buat yang baharu.

MOHD SYAWAL SYAFIQ

Jelas Syawal yang menetap di Kampung Merang, Terengganu, walaupun giginya sudah tiada pada bahagian hadapan gigi, dia masih lagi boleh mengunyah makanan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Katanya lagi, dia merancang untuk menggantikan gigi baharu dengan kadar segera bagi mengelakkan terus menjadi bahan ejekan rakan juga orang lain.

“Saya reda saja tak ambil gigi tu. Hajatnya nak buat yang baharu. Dulu kos saya buat gigi palsu tu sekitar RM200 lebih tapi sekarang mungkin lebih mahal.

Syawal merupakan bapa kepada lima orang cahaya mata.

“Kalau bab kunyah makanan tu tak ada masalah pun. Saya masih boleh makan ikan patin masa singgah dekat Temerloh tu. Daging pun saya masih boleh makan lagi,” katanya berseloroh.

Berikutan perkongsian oleh rakannya di TikTok sehingga tular, video tersebut meraih hampir setuja jumlah tontonan.

Rata-rata warga maya terhibur dengan rakaman menunjukkan keadaan Syawal yang menutup mukanya apabila gigi palsunya jelas kelihatan berada di dalam longkang.

“Kes naya kena balik buat gigi palsu baru.

“Bang jangan buang sampah merata, kutip bang walaupun perit.

“Menang kalah belakang kira tapi kenangan final tu mahal. Mesti dia akan ingat perlawanan akhir 2022 sampai bila-bila," kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain