suria

Lelaki berkopiah selak kain tepi jalan, ‘sedap’ kencing dekat but kereta orang - “Cuci pakai niat ke?”

Lelaki ini kencing di tempat awam.

MELIHAT kepada cara pemakaian, sangat tidak disangka-sangka individu ini tergamak melakukan sesuatu yang menjijkkan.

Seperti yang dapat diperhatikan melalui satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki selamba membuang air kecil di tempat awam.

Dalam video dipercayai dirakam pada malam Khamis, lelaki itu yang lengkap memakai baju Melayu dan kopiah berjalan seorang diri di jalan berhampiran kawasan komersial sebelum menghampiri sebuah kereta Perodua Axia.

Dia kemudianya pergi ke bahagian belakang kenderaan itu dan mengangkat kain pelikatnya untuk kencing berdiri tanpa menyedari CCTV sedang merakam aksinya.

Jelas kelihatan lelehan air kencing lelaki itu yang disasarkan ke but kereta tersebut mengalir turun ke jalan tar.

Ketika sedang asyik melepaskan hajat, lelaki itu sempat menanggalkan kopiah yang menutup kepalanya.

Selesai semuanya, lelaki tersebut berlalu pergi seolah-olah tidak ada apa yang berlaku malah tidak terlepas untuk memakai semula kopiahnya.

Melewati ruangan komen media sosial, warga maya mengatakan lelaki itu tidak melambangkan keperibadian seorang Muslim.

"Orang kalau memang jenis tahu agama, jaga solat, jarang la nak kencing berdiri. Sebab risau air kencing terkena pada pakaian. Tapi kalau dah begini, faham-faham sendiri je la," katanya.

Warga maya lain turut hairan mengapa individu berkenaan tergamak membuang air kecil pada kereta orang lain.

"Faham mungkin dah tak tahan nak kencing, faham juga mungkin tak ada tandas dekat kawasan tu tapi kenapa kena kencing dekat kereta orang?

“Ada isu peribadi ke dengan pemilik kereta tu? Lepas kencing cuci pakai niat ke?

"Boleh je kencing dekat dalam longkang tu. Kena suruh pemilik kereta tu samak sesuci-sucinya kenderaan dia, geli betul tengok," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain