SETIAP individu mempunyai misi dan visi yang ingin dicapai. Namun kadang kala pelbagai halangan terpaksa ditempuhi demi menjayakannya. Begitulah yang dialami pemilik akaun Founder Misi selepas dia berjaya merekodkan beberapa siri kutipan sumbangan bagi membantu individu yang memerlukan selepas dia mencipta satu aplikasi yang dilihat memudahkan semua pihak. Perkongsian yang dibuatnya di halaman Twitter. Aplikasi yang dicipta programmer ini lebih telus kerana orang ramai dapat mengetahui jumlah keseluruhan sumbangan yang berjaya dikumpul dan siapa penyumbang termasuk amaun yang disalurkan. Malah jumlah yang diterima itu diserahkan sepenuhnya kepada individu memerlukan tanpa mengambil peratus bahagian seperti yang sering dilakukan segelintir pertubuhan bukan kerajaan atau NGO. Menerusi hantaran yang dibuat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi mendedahkan bahawa dia kini diberikan amaran selain turut dipantau. ARTIKEL BERKAITAN: Telus dan pantas! Satu jam bina sistem kutip dana, dalam masa 48 jam lelaki ini berjaya kumpul RM204,322 bantu keluarga rider dirempuh ARTIKEL BERKAITAN: “Ubat ini dibeli hasil sumbangan orang ramai” - Baby Naail disuntik Zolgensma bernilai RM9.8 juta, bapa mohon doa anak cepat sembuh “Saya mendapat amaran bahawa ada pihak mula pantau dan minta saya berhati-hati,” luahnya. Mana tidaknya, kali ini dia fokus untuk membentuk ‘kartel’ pasaran baharu bagi barangan basah sekali gus mengawal harga yang bermula dari ladang sehingga pengguna. Bagaimanapun, dia nekad untuk meneruskan perjuangan dan tidak akan berhenti melakukan setiap misinya di masa hadapan. Misi ni tak berapa jelas sebab sekarang zaman scam. Susah orang nak percaya. WARGA MAYA “Saya tak akan sesekali berhenti dan kita semua akan teruskan misi ini sampai jadi. “Giliran rakyat jadi the biggest kartel untuk membentuk pasaran baharu barang basah dan kawal harga dari ladang hingga ke end user,” jelasnya yang turut berhasrat memperkenalkan matawang bagi menjayakan misi tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan pandangan masing-masing selepas mengetahui misi yang ingin dijayakan itu beserta matawang baharu. Warga maya memberi pandangan masing-masing berhubung misi yang dinyatakan. “Yang ini boleh jalan, bagus. Tapi matawang tu macam bukan matawang, dia sama konsep macam Shopee coin ke apa kan? Jadi duit bagus kat syarikat awak, tak pasti apa kebaikan untuk orang luar. “Inisiatif rider biar pun nampak macam MLM bagus, kutip sumbangan untuk bayi dan yang memerlukan bagus, farming bagus. “Jalan dulu. Walaupun nampak susah, redah saja... jadi tak jadi nombor dua, nak langgar ‘setting’ yang sedia ada dari dulu memang susah. “Tak payah risau supplier and consumer akan ada yang jadi supporter... yang tetap nanti akan ada satu kelompok yang protector insyaAllah,” ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang berasa khuatir dengan sistem matawang yang ingin diwujudkannya. Mana tidaknya, pada masa ini terdapat banyak scammer selain beberapa jenis matawang yang pernah diperkenalkan tapi kesudahannya merugikan masyarakat. “Nak buat matawang macam ‘Blue Dollar’ dekat Argentina? Tak wajar sebenarnya untuk wujudkan transaksi jual beli yang baharu, ia akan memberi kesan buruk pada nilai ringgit. “Matawang sendiri tak boleh tuan. Melainkan kredit sendiri, belajar daripada kesilapan orang bukan buat silap yang sama. Jangan sampai kami hilang percaya. “Misi ni tak berapa jelas sebab sekarang zaman scam. Susah orang nak percaya... tak tahu matawang labur di mana, boleh guna di mana dan transaksi bagaimana,” ujar beberapa pelayar lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!