suria

Hina anggota bawahan, bertengkar dengan orang awam... Polis wanita digantung tugas

Pegawai polis wanita yang tular baru-baru ini sudah digantung tugas.

PEGAWAI polis wanita berusia 35 tahun yang videonya tular gara-gara mencaci anggota bawahan dan bertengkar dengan orang awam, sudah digantung tugas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan dibuka terhadap pegawai itu setakat ini, mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh lagi! Selepas hina polis bawahan, wanita sama bertekak dengan orang awam pula... ‘Tunjuk hero’ dekat parkir

"Dua kes berkenaan telah dirujuk ke Unit Siasatan Khas JSJ Bukit Aman.

"Dalam masa sama, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis (JIPS) juga telah membuka enam kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai berkenaan," katanya lagi.

Saifuddin menambah, pegawai berkenaan digantung tugas sejak minggu lalu dan arahan itu berkuat kuasa sehingga proses siasatan selesai.

Terdahulu, tular video memaparkan pegawai wanita berkenaan menghina serta memperlekeh pangkat anggota bawahannya, sebelum muncul pula video lain menunjukkan dia bertengkar dengan orang awam di tempat letak kereta di Brickfields. -THESTAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain