suria

Cikgu buat ‘content’ selongkar beg pelajar sambil makan gummy rupanya dapat tajaan... Senyap-senyap rekod video waktu rehat

Seorang guru dikecam kerana membuat video menyelongkar beg pelajar-pelajarnya.

GARA-GARA berkongsi video di media sosial dengan aksi menyelongkar beg pelajar-pelajar di dalam kelas, seorang guru menerima kecaman hebat.

Menerusi video yang tular, guru wanita itu dilihat menggeledah beg para pelajarnya dan mengeluarkan barang-barang di dalamnya.

Malah, guru tersebut juga dilihat memakan snek gula-gula gummy yang berada dalam beg pelajarnya.

Guru berkenaan turut memakan snek gula-gula yang diambil daripada beg pelajarnya.

Susulan kritikan ramai, guru berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan memberi penjelasan bahawa tindakannya itu hanya sekadar 'content'.

"Saya masih baru dalam content creating dan masih belajar. Ini bukan satu alasan, sejujurnya saya amat bersyukur kepada mereka yang membangkitkan isu ini dan saya akan mengambilnya sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya ingin memohon maaf kepada ibu bapa dan mereka yang tersinggung dengan video dimuat naik saya sebelum ini. Saya benar-benar kesal," tulisnya menerusi satu perkongsian video di TikTok.

Bukan sekadar selongkar, guru wanita itu turut mengeluarkan barang-barang di dalam beg pelajarnya.

Mengulas lanjut, guru yang mempunyai 1.5 juta pengikut di TikTok itu mengakui video tersebut sebenarnya merupakan content yang ditaja.

"Video tersebut adalah content yang ditaja. Ia dirakam pada waktu rehat dan saya meletakkan gummies itu sendiri dalam beg pelajar-pelajar sebelum membuat rakaman. Saya periksa beg pelajar dan keluarkan gummy lalu memakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu kemaruk buat live TikTok ketika mengajar dalam kelas, netizen tegur mata asyik tengok skrin! KPM larang, janji akan siasat

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil layan TikTok! Cikgu penat perah otak buat set soalan, tergamak pelajar tulis 'kamu nanya?' di ruang jawapan

"Tiada pelajar yang terlibat dalam video tersebut. Tidak seperti video-video saya sebelum ini yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka.

"Namun untuk video terbaharu ini, saya tidak meminta kebenaran mereka sebelum membuka beg para pelajar kerana ia hanya dijadikan sebagai props," katanya yang mengakui ia merupakan satu kesilapan dan kelalaian yang amat dikesalinya.

guru selongkar beg 4

Guru tersebut tampil membuat permohonan maaf.

Menyedari kesilapan itu selepas ditegur beberapa individu, guru berkenaan segera memadamkannya selepas 20 minit ia dimuat naik di laman sosial.

Dia bagaimanapun berkata, video tersebut telah pun dimuat turun dan tular di media sosial.

Guru itu menjelaskan telah menarik balik video berkenaan dari laman sosialnya.

Selain video yang tular, guru itu juga menarik balik semua video yang dimuat naiknya melibatkan kanak-kanak di laman sosialnya.

"Saya sayangkan sekolah saya dan pelajar-pelajar saya. Saya mohon maaf kerana mengakibatkan kesan negatif kepada mereka.

"Sebagai guru, saya amat mementingkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan saya memandangnya secara serius," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain