suria

Ajak ‘selfie’ buat kenangan lepas tumbuk muka! Pekerja kedai lepasan SPM dibelasah pelanggan mabuk sampai berdarah

Mangsa ditumbuk selepas menegur tindakan pelaku mengambil payung dalam premis tempat dia bekerja.

RAKAMAN memaparkan seorang pekerja kedai serbaneka yang ditumbuk lelaki mabuk tular di media sosial.

Menerusi kejadian di 7-Eleven Bandar Rinching, Kajang, Selangor, pada Isnin malam, mangsa ditumbuk selepas menegur pelaku yang mengambil payung dalam premis berkenaan.

Bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz, 40, berkata anak lelakinya yang berusia 17 tahun berkerja di kedai tersebut secara sambilan selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung.

"Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Swafoto yang memaparkan wajah pelaku bersama mangsa yang mengalami pendarahan hidung turut tular di media sosial.

Bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang dan menggesa mana-mana individu yang mengenali lelaki tersebut tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan di bahagian muka.

Sementara itu, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan ianya dalam tindakan pihak polis untuk mengesan suspek.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain