WANITA mana yang tidak sedih apabila diceraikan suami kerana seorang janda. Lebih memilukan apabila dia diceraikan talak tiga menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Suaminya juga pernah kantoi terlanjur dengan janda tersebut. Perkongsian asal yang dibuat Suzana di halaman Facebook. Demikian kisah seorang wanita yang didedahkan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali. "Wanita ini diceraikan talak tiga menggunakan SMS kerana suami sudah menyekat WhatsApp hampir setahun selepas dia tidak bersetuju dengan permohonan suami untuk bercerai. "Suami mohon cerai kerana mempunyai teman wanita lain, nak berkahwin sebab dah terlanjur dan teman wanitanya seorang janda muda yang ada anak kecil berumur setahun," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat hal, isteri jalan kaki jarak 7 jam balik rumah mak sambil dukung anak - “Masa ajak tumpang, dia tengah nangis” ARTIKEL BERKAITAN: Suami rajin, selalu imamkan solat tapi isteri jijik tengok sebab tahu kisah silamnya... tak mampu ‘handle’ emosi Suaminya ingin bercerai selepas kekasihnya enggan berkongsi suami berikutan pernah mengalami situasi sama sebelum ini. "Janda muda tak mahu kongsi suami sebab cerai sebelum ni pun apabila suami ada wanita lain," katanya lagi. Di akhir perkongsiannya, Suzana menitipkan pesanan kepada wanita itu supaya bersyukur selepas diceraikan suaminya berbanding hidup merana bersama. Allah nak bagi yang lebih baik... elok cerai daripada hidup dengan penzina. WARGA MAYA Malah katanya, bekas suami dan bakal isterinya adalah sekufu kerana sama-sama berzina. "Janji Allah dalam al-Quran, wanita baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. "Allah SWT berfirman dalam surah a-Talaq, ayat 2 dan 3 yang bermaksud: Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup. Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga," tambahnya. Antara reaksi warga maya di ruangan komentar. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat Suzana mengenai kejadian yang menimpa wanita itu. Mereka juga mendoakan agar wanita itu mendapat pengganti yang lebih baik serta menghargai dirinya seadanya. "Selamatkan janda tetapi dalam masa sama menjandakan isteri sendiri. "Bercerai bukan bermakna hidup kita berakhir tetapi bangkitlah untuk ketenangan hati. "Hidup lebih bahagia apabila buang jantan k*****t, biar dia hidup dengan pasangan zina. "Allah nak bagi yang lebih baik... elok cerai daripada hidup dengan penzina," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!