BAYI Naail atau nama sebenar Wan Muhammad Naail Wan Aslam yang pernah tular kerana kos ubatan mencecah RM9.8 juta, telah selamat menjalani prosedur suntikan Zolgensma pada petang, 21 Jun. Susulan itu bapanya, Wan Aslam Zakaria menzahirkan rasa syukur berikutan kos untuk anak bongsunya yang menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, diperoleh daripada sumbangan orang ramai. Hantaran yang dibuat bapa bayi Naail. "Terima kasih ya Allah. Engkau yang mempermudahkan kami, Engkau yang menggerakkan hati manusia yang baik dan penyayang untuk bantu kami, Engkau jua yang menyembuhkan segala penyakit," luahnya menerusi hantaran di Facebook.Pun begitu, anaknya masih dipantau di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sebagai bapa, dia turut berharap anaknya diberikan kesembuhan serta sihat seperti bayi seusia. ARTIKEL BERKAITAN: Realiti rakyat bantu rakyat! Dana RM9 juta bantu bayi Naail berjaya dikumpul... Ramai terharu Hafiz Mahamad sumbang RM100,000 "Semoga dengan asbab ubat ini, anakanda Naail dikurniakan kesembuhan dan sihat. "Ubat ini dibeli dengan hasil sumbangan yang penuh rasa kasih dan sayang orang ramai terhadap anakanda kami, dengan asbab kasih dan sayang itu... insyaAllah, Allah akan menyembuhkan penyakit anakanda kami," ujarnya lagi. Syukur Alhamdulillah, semoga cepat sihat adik comel. WARGA MAYA Difahamkan, tempoh keberkesanan ubat itu bergantung kepada keadaan pesakit sebelum menjalani prosedur itu yang mana jika simptom tidak teruk, mungkin dalam masa setahun akan nampak perkembangan yang baik. Jika simptom SMA sudah teruk sehingga pakai mesin pernafasan, ia akan mengambil masa sedikit demi sedikit, malah bertahun. Antara reaksi warga maya yang menantikan perkembangan bayi Naail. Bagaimanapun, terdapat kes yang mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk bayi sudah boleh duduk. Ia bergantung kepada faktor selepas ubat, rawatan pemulihan seperti fisioterapi. Kisah bayi Naail yang didiagnos penyakit jarang jumpa itu sejak usianya empat bulan mendapat perhatian hingga Misi Rakyat menggerakkan kempen kutipan dana sejak 14 April lalu. Kutipan dana bagi pembelian ubat suntikan Zolgensma berjaya diraih hasil sumbangan rakyat Malaysia selepas hampir sebulan dilancarkan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mengucapkan rasa syukur selepas dimaklumkan tentang perkembangan terkini bayi Naail. "Nampak kecil tapi dia punya harga MasyaAllah, semoga adik Naail terus dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik dan berpanjangan. "Alhamdulillah syukur. Semoga baby Naail diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. "Syukur Alhamdulillah, semoga cepat sihat adik comel," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!