ZAMAN sekarang pelbagai alat permainan diperkenalkan untuk menghiburkan kanak-kanak. Namun menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial, seorang kanak-kanak sedang bermain dengan ‘permainan’ yang dipercayai merupakan alat pam zakar. Difahamkan, peralatan itu digunakan untuk golongan lelaki yang bertujuan untuk membesarkan kemaluan mereka. Kanak-kanak itu menganggapnya sebagai permainan. Video yang dimuat naik di laman sosial itu mencetuskan kekecohan netizen. “Kasihan budak ni dapat mak ayah yang bodoh. Tak ada rasa malu. Patutnya dia ambil sorok, bukan rakam,” menurut satu ciapan di laman Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Budak pakai lampin hisap vape jadi bahan lawak, doktor persoal respons publik – “Adakah kita mahu perkara ini dianggap biasa?” ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki suap vape pada bayi, kedengaran suara wanita ketawa kecil sambil rakam video - “Pecah rekod nanti you sedut” Menerusi ciapan asal, seorang individu turut mengecam tindakan si bapa yang tidak menyimpan peralatan tersebut dengan baik sehingga anak menjadikannya sebagai permainan. “Adik oi, itu bukan toy permainan yang kau nak main. Bapa-bapa kalau 'mainan' anda tu simpan la baik-baik. Kan anak dah jumpa,” tulisnya. Pendidikan bermula dari rumah. Jadi apa kau harap kalau mak ayah pun perangai macam ni? NETIZEN Video berdurasi 22 saat itu dipercayai dirakamkan oleh bapa kepada kanak-kanak lelaki itu. Rata-rata netizen bukan sahaja terkejut menyaksikan rakaman itu, malah membangkitkan kemarahan mereka terhadap sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain peralatan seksual itu. Ciapan yang membuat perkongsian video tersebut. “Mak ayah rasa lawak, walhal benda-benda macam ni la yang akan menjahanamkan anak sendiri. Benar sekali, pendidikan bermula dari rumah. Jadi apa kau harap kalau mak ayah pun perangai macam ni? “Malu la sikit jadi bapa apabila anak main benda ni. Lagi malu kau rakam pula. Dah satu dunia tahu kau ada benda ni. Aib. “Jangan adik tu kemam-kemam dalam mulut dah lah. Budak-budak suka bawa ke mulut," kata sebilangan netizen. Dalam pada itu, segelintir netizen turut menyindir bapa kepada kanak-kanak itu yang membiarkan alat pam kemaluannya dipegang anaknya sendiri. “Malu la bang, anak tahu bapa kemaluan kecil,” tulis netizen. Setakat ini, video tersebut meraih sejuta tontonan itu dan ciapan itu dikongsi lebih 400 kali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube