suria

Pemuda membebel panjang nampak anjing diikat tengah panas, risau kena strok haba... Lepas buka ikatan terus bagi minum, jirus air

Seorang lelaki prihatin dengan nasib seekor anjing yang dibiarkan di tengah panas.

SETIAP makhluk yang bernyawa wajar dilayan dengan baik mengikut batasnya walaupun seekor anjing.

Namun masih ada segelintir masyarakat yang bertindak zalim terhadap haiwan itu tanpa sebab-sebab munasabah.

Perkara sama disaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Syokib apabila dia menemukan seekor anjing dibiarkan di bawah panas terik matahari.

Melalui satu video tular di TikTok, hati Syokib lebih terkilan apabila anjing tersebut ditambat dengan tali yang diikat pada sebuah pagar.

Syokib membawa seekor anjing ke tempat yang redup.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan perindustrian itu, anjing tersebut dilihat lesu dengan lidahnya terjelir keluar tanpa dapat bergerak ke mana-mana untuk mencari tempat berteduh.

"Ini la manusia, ada otak tahu anjing ni panas, lagi pergi letak dekat sini. Anjing pun boleh rasa kepanasan, bukan manusia je.

"Joni (nama panggilan anjing) jom ke sini, come, come," kata Syokib cuba menarik perhatian anjing berkenaan sambil rakannya membuka simpulan tali yang diikat pada pagar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari makan sedap, badan pun sado... anjing jadi bodyguard gerai nasi lemak! Tauke tukar tapak, Doggo ‘sibuk’ ikut sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Sekumpulan lelaki hayun kayu, bergilir-gilir belasah anjing tempang sampai mati... Siap pesan jangan rakam dan ‘post’ di media sosial

Selesai sahaja tali tersebut dibuka, Joni diperhatikan pantas memecut untuk mencari tempat yang lebih redup agar dapat menyejukkan badannya.

"Joni... ikut sini, kita ke belakang. Kesian dia panas, kita manusia kalau kena letak dekat tempat panas macam Joni pun tak tahan.

"Tolong bawa air," pesan Syokib kepada rakannya sambil dia memegang tali Joni agar anjing tersebut tidak lari terlalu jauh.

Entah apa-apa la orang macam ni... nak rantai tu boleh tapi tengok tempat la.

SYOKIB

Syokib seterusnya membawa Joni untuk dibilas dengan air agar dapat menurunkan suhu badannya.

"Panas badan Joni ni, nasib baik tak terkena strok haba. Kita bagi Joni mandi supaya sejuk sikit. Manusia main sukaneka pun dah penat, anjing pula dibiar tengah panas macam ni.

"Entah apa-apa la orang macam ni. Nak rantai tu boleh tapi tengok tempat la. Nah minum air ni sekali. Kita undur sikit, mesti Joni nak kibaskan badan dia supaya kering.

"Kalau terkena nanti kita kena samak pula. Haa Joni, duduk sini baru sejuk dan selesa, boleh rehat. Kesian dia," kata Syokib sambil rakannya mengusap kepala Joni.

Syokib memberikan Joni air untuk diminum.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji budi pekerti baik yang ditonjolkan Syokib kerana sudi membantu anjing tersebut.

"Terima kasih banyak abang, saya doakan murah rezeki abang. Semoga abang terus diberkati dengan segala kenikmatan dan dimudahkan urusan.

"Terima kasih orang baik, semoga ini dapat menjadi asbab untuk abang masuk syurga. Anjing ni bertuan ni, mana agaknya dia pergi?

"Harap dapat upah orang yang bertanggungjawab untuk jaga dia, jangan biar anjing tu macam tu je," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain