BERKUNJUNG semula ke destinasi yang pernah dilawati pasti akan menggamit memori suka dan duka tentang masa lalu. Bagi seorang wanita, kunjungannya ke Cameron Highlands mengingatkannya kembali tentang satu insiden bersama bekas teman lelakinya sehingga membuatkan dia trauma. Menerusi satu perkongsian, wanita itu mendedahkan dia bersama seorang pemuda yang pada ketika itu adalah kekasihnya merancang untuk ke pusat peranginan di Pahang itu bersama. “Pada asalnya, merancang untuk pergi ke Cameron Highlands berdua untuk day trip. Dia (ex) nak beritahu famili dia tentang rancangan kami. “Tiba-tiba ex beritahu famili dia, ‘Esok kami nak pergi Cameron, nak ikut tak?’ Tiba-tiba dia ajak famili dia. “Masalahnya, perjanjian nak pergi Cameron tu adalah I akan belanja dia untuk makanan, dan dia akan bayar minyak kereta dan tol,” katanya menerusi satu video di laman sosial. Wanita ini membuat bajet untuk percutiannya bersama kekasih. -Gambar hiasan Seperti yang dijangka, keluarga bekas teman lelakinya turut serta dalam rancangan percutian mereka ke Cameron Highlands meskipun segala-galanya dirancang untuk dua orang. “I dah siapkan jadual tempat nak pergi, ke mana dan berapa harga. I fikir tak apalah sebab famili dia tu akan jadi keluarga I juga kan. “Tapi my expectation mereka akan keluarkan duit sendiri la sebab famili dia bukannya budak-budak. Dah tua pun, dah ada duit sendiri,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘tewas’ dengan pakwe kedekut hanya sebab sayang, pandai pujuk... berbaloi ke dijadikan suami? - “Setiap kali nak beli, dia WhatsApp suruh belanja” ARTIKEL BERKAITAN: Dah la baran, buruk siku pula! Duit mekap, petrol pergi dating antara yang lelaki ini ‘claim’ selepas putus dengan awek - “Miskin buat cara miskin” Bagaimanapun wanita itu terkejut tatkala mereka pergi menikmati hidangan di salah sebuah restoran popular di tanah tinggi itu. “Famili dia order bukan main (mewah). I order nasi lemak je, dengan air kosong lagi. Masa nak bayar tu, tiba-tiba semua buat tak tahu. “I fikir balik tak nak stres, nak enjoy pergi Cameron. Jadi, I bayarkan untuk semua. Kalau ada yang tanya kenapa tak tinggalkan je, boyfriend je pun, bukan suami. “Masalahnya, I kat Cameron masa tu naik kereta ex-boyfriend I,” ujarnya yang berbelanja kira-kira RM200 untuk keluarga bekas kekasihnya di restoran berkenaan. Bukan setakat menanggung makan minum keluarga bekas kekasih, malah dia hampa kerana kebanyakan rancangannya tidak menjadi berikutan kesesakan lalu lintas pada hujung minggu. Tambah menimbulkan rasa marah ketika mereka singgah di stesen minyak sebelum pulang ke rumah. “Tiba-tiba ex minta duit kat I. Sebelum ni kau kata nak bayar duit minyak, tol apa semua. Cinta itu buta, dan I memang ‘buta’ masa tu. Sebab tu sekarang jadi ex,” katanya lagi. Cinta itu buta, dan I memang ‘buta’ masa tu. Sebab tu sekarang jadi ex WANITA Walaupun trauma, dia yang kini sudah bersuami dengan lelaki lain menganggap pengalaman tersebut sebagai pengajaran untuk mencari pasangan yang lebih baik. “Anda kena bercinta dengan lelaki atau perempuan ‘red flag’ (bermasalah) sekali dalam seumur hidup, supaya anda boleh senaraikan ‘red flag’ dia. “Nanti untuk cari pasangan seterusnya, kena 100 peratus lain daripada ex anda sebelum ini. Disebabkan ex I tu, I keluar dengan lelaki memang tak keluar duit dah,” katanya. Hubungan mereka telah putus dan wanita itu kini berkahwin dengan lelaki lain. -Gambar hiasan Malah, dia turut berkongsi pengalamannya ketika di awal perkenalan dengan suaminya sebelum mereka mendirikan rumah tangga. “Waktu I keluar dengan suami I ni, I tak keluar duit walau sesen pun. Sebab I tak nak bagi muka, nanti jadi biawak hidup. “Tapi tak ada la I kikis dia. Makan minum dan tempat tinggal adalah tanggungjawab dia selepas kahwin. Jadi, kami amalkan dulu sebelum kahwin. “Sebagai balasan, I akan hargai dia dengan cara belikan hadiah yang mahal. Konsepnya adalah give and take,” katanya yang kembali ke restoran popular itu bersama suaminya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube