suria

Rider joli duit ikan! Hilangkan diri lepas ambil wang tunai daripada pelanggan... Akhirnya serah diri lepas syarikat ‘call’ isteri

Servis penghantaran sudah menjadi keperluan dalam masyarakat. -Gambar hiasan The Star/Chan Boon Kai

TUGASAN sebagai penghantar makanan atau barang (p-hailing) bukanlah sesuatu yang mudah kerana tanggungjawab digalas adalah sangat besar.

Mana tidaknya, perkhidmatan seperti ini berlandaskan sistem yang membolehkan individu terlibat sama ada peniaga, pelanggan mahupun rider mengetahui secara terperinci jumlah bayaran yang dibuat.

Jika ‘tersalah langkah’ pasti nama baik akan menjadi buruk malah syarikat pengendali juga akan terkena tempiasnya.

rider

Sebahagian hantaran yang dibuat peniaga ikan.

Seperti yang dikongsikan seorang wanita ini, dia yang juga peniaga ikan berasa terkilan apabila seorang rider sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran bertindak mengambil sejumlah besar wang daripada pelanggan.

“Kedai saya dah biasa guna kurier untuk hantar ikan ke rumah pelanggan. Upah akan dibayar semasa pick up pesanan ikan, tugas rider hanya hantar sahaja.

“Konsep kedai ikan, pelanggan setia boleh tempah ikan dan transfer bayaran lepas terima barang,” ujarnya menerusi perkongsian di halaman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ada cara ‘special’ minta hantar makanan, rider pun pelik tapi layankan saja - “Ini baru contactless delivery”

ARTIKEL BERKAITAN: Semua lif diselenggara, rider sanggup menapak ke tingkat 34 hantar pesanan! Pelanggan beri reaksi tak disangka

Entah bagaimana, urusan jual beli yang dilakukan baru-baru ini mengalami kesulitan kerana rider yang diamanahkan untuk menghantar pesanan ikan, tidak bersikap jujur.

Kebetulan pula pada hari kejadian pelanggan setianya tidak berada di rumah dan pesanan diterima oleh anak.

“Tanpa sengaja, anak pelanggan tersebut bayar tunai kepada rider sebanyak RM353 mengikut jumlah bil ikan. Dia tak cakap apa-apa, terus ambil duit dan berlalu pergi,” luahnya.

Tak lama kemudian, dia dihubungi pelanggan terbabit yang menyatakan anaknya membayar bil ikan kepada rider tersebut.

Mujurlah saya bertindak pantas membuat tangkap layar gambar profile dia di WhatsApp.

PENIAGA IKAN

Lebih mengecewakan apabila cubaan kedua-dua pihak menghubungi rider berkenaan menemui jalan buntu apabila telefonnya dimatikan.

“Dia dah cuba call rider tapi decline. Kami pun call juga sampai ke malam, decline. WhatsApp pun tak dijawab.

“Mujurlah saya bertindak pantas membuat tangkap layar gambar profile dia di WhatsApp dan kelihatan muka yang jelas bersama isteri kerana selepas Maghrib, gambar tersebut hilang,” katanya yang kemudian membuat aduan pada syarikat rider itu berkerja.

Jualan ikan segar dikatakan tidak memberi untung yang banyak. -Gambar hiasan The Star/Chan Boon Kai

Jualan ikan segar dikatakan tidak memberi untung yang banyak. -Gambar hiasan The Star/Chan Boon Kai

Pun begitu pihak syarikat terlibat terpaksa menghubungi isteri kepada rider berkenaan kerana mereka juga gagal mendapatkan suaminya.

Bimbang kehilangan pekerjaan, individu tersebut akhirnya menghubunginya dan mengaku menggunakan duit yang diterima.

Namun alasan yang diberikan agak mengejutkan apabila rider terbabit seolah-olah tidak rasa bersalah menggunakan duit yang bukan miliknya.

“Agaknya bimbang hilang kerja, rider WhatsApp semula. Katanya dia dah guna duit tu dan bukan salah dia.

Tugasan sebagai rider bergantung kepada sistem yang telah ditetapkan pengguna. -Gambar hiasan The Star/Izzrafiq Alias

Tugasan sebagai rider bergantung kepada sistem yang telah ditetapkan pengguna. -Gambar hiasan The Star/Izzrafiq Alias

Customer bagi duit, dia ambil sajalah. Dia dah guna pun, akan pulangkan baki saja,” katanya lagi.

Menurut peniaga ikan ini lagi, kekecewaannya bukan berkaitan wang ringgit semata-mata tapi tentang sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut.

“Kalau dia baca post ni, saya nak bagitau yang nilai RM353 tu tak berbaloi kalau saya report polis dan buatkan dia hilang kerja.

“Awak rasa saya boleh halalkan saja duit tu sebab ada bisnes? Keuntungan saya sekitar RM3 sahaja sekilogram dan saya perlu jual lebih 100 kilogram untuk dapat keuntungan RM353. Penat tau!” tambahnya lagi.

Kebanyakan warga maya turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap rider tersebut.

Kebanyakan warga maya turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap rider tersebut.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya meminta peniaga ikan terbabit membuat laporan polis supaya tindakan tegas dapat diambil.

“Kalau saya pun akan viralkan sebab cara dia jawab katanya bukan salah dia, customer yang bagi duit tu dan dia dah guna. Nampak sangat tak jujur.

“Saya rider dan pengguna kurier... masa terima job memang ada nyatakan di mana ambil duit, tunai atau kredit, berapa jumlah patut ambil. Jadi bukan alasan cakap tak tahu duit apa.

“Sebenarnya elok buat laporan, biar dia ada rekod supaya kalau mohon jadi rider lain pun kena banned,” ujar beberapa netizen lagi.

Dalam pada itu, peniaga ikan terbabit turut memaklumkan isunya dengan rider diselesaikan selepas individu tersebut memulangkan semula duit yang diambil.

Malah, dia dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak kurier sehingga digantung kerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain