KETIKA kita masih berada dalam mood sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023, kemeriahannya terus dirasai di sana sini. Tidak kurangnya juga bagi wanita ini yang menyemarakkan semangat patriotik ketika menjemput adiknya yang baru pulang dari United Kingdom (UK) di Lapangan Terbang Tawau, Sabah, baru-baru ini. Melalui satu video tular di TikTok, Norsidayati Mustari, 33, diperhatikan membawa bendera Malaysia selain mengenakan pakaian mengikut tema warna Jalur Gemilang ketika menunggu kepulangan adiknya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita kepada mStar, Norsidayati yang mesra disapa Bell berkata sudah dua tahun adiknya tidak pulang ke kampung halaman. "Adik saya ni nama dia Sheila, umur 27 tahun. Dia melanjutkan pelajaran ke UK dah lima tahun dalam jurusan fizik di Newcastle University... kali terakhir dia balik Malaysia dua tahun lepas. ARTIKEL BERKAITAN: Ceria bertukar sayu! Ibu tak makan nasi masa berbuka, ‘kenyang’ tengok anak 6 tahun tak balik Malaysia tiba-tiba ada depan mata ARTIKEL BERKAITAN: Cucu dari London balik beraya di Johor, ibu Dr Amalina orang paling teruja... tempah khas baju kurung untuk si kecil "Kami hanya bertanya khabar melalui panggilan telefon dan mesej WhatsApp. Jadi apabila dapat tahu Sheila nak balik, kebetulan pula dia tiba pada 30 Ogos, saya rancang nak buat surprise. "Saya plan kejutan untuk Sheila khusus dengan tema kemerdekaan, nak tengok dia masih ingat tak asal usulnya... memang dia terkejut. "Dalam kalangan ahli keluarga memang saya dikenali sebagai seorang periang dan yang paling kerap buat 'onar', penceria suasana," ujar Bell yang merupakan seorang ahli perniagaan produk kosmetik. Perkara pertama yang saya tanya Sheila ialah masih boleh cakap Bahasa Melayu ke, can you still speak Malay? NORSIDATI MUSTARI Lebih mencuit hati apabila Bell menceritakan bagaimana dia mendapatkan Jalur Gemilang untuk dibawa ke lapangan terbang bagi menyambut ketibaan adiknya. "Saya buat ni spontan sebenarnya, tak ada perancangan yang rapi. Nasib baik saya memang dah ada pakaian warna biru gelap, saya padankan dengan skaf di leher yang bersesuaian tona warnanya. "Tentang bendera Malaysia tu pula, itu sedikit melucukan. Sebab saya agak kesuntukan masa nak beli, saya ambil bendera tu dari depan pejabat perniagaan saya. Bell menunggu adiknya di Lapangan Terbang Tawau, Sabah. "Ya, bendera yang orang letak dekat depan bangunan untuk dekorasi tu, saya ambil dan bawa ke airport. Asalkan dapat memenuhi syarat. "Saya buat ni untuk suka-suka je, supaya Sheila ada memori yang dia boleh simpan ketika balik ke Malaysia kali ini. Tak sangka pula dapat perhatian ramai, sampai ada yang ambil inspirasi nak buat benda sama untuk keluarga mereka," ujar Bell. Menurut Bell, adiknya akan berada di Malaysia selama sebulan kerana sedang bercuti semester dan mempunyai perancangan untuk bersiar-siar ke Kuching, Sarawak serta Kuala Lumpur. Selain membuat kejutan untuk adiknya, Bell juga mahu menguji jika Sheila masih mampu berbahasa ibunda atau tidak. Buah tangan daripada United Kingdom yang dihadiahkan kepada Bell oleh adiknya. "Perkara pertama yang saya tanya Sheila ialah masih boleh cakap Bahasa Melayu ke, can you still speak Malay? Lepas tu dia cakap jom la pergi makan, okay lulus ujian! "Dialek Sabah dia pun masih pekat, terutamanya dalam bab nak mengejek saya, biasalah gurau adik-beradik. "Waktu kejadian, Sheila nampak macam diam je dan tersipu-sipu, dia pemalu sebenarnya... tambah pula ramai yang asyik perhati waktu tu. Tapi itu yang saya suka tengok. "Sepanjang perjalanan keluar dari lapangan terbang tu, dia asyik cakap nak pergi makan sup ikan, dah lama dia mengidam. Dekat UK susah nak jumpa, saya pun pergi bawa dia," kata Bell. Bell dan adiknya menjamu selera di kedai yang menjual sup ikan. Bell juga sangat gembira apabila mendapat buah tangan daripada UK yang dibawa oleh adiknya. "Sebelum balik Sheila dia ada tanya saya nak apa, saya cakap saya nak souvenir yang ada tanda dari tempat dia belajar tu, Newcastle University. "Dan Sheila belikan saya hoodie official yang ada tertera nama universiti dia, seronok sangat rasa," kata Bell menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube