ABANG kepada salah seorang mangsa yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 50.1 Lebuhraya Senai Desaru tampil meluahkan kekesalannya berhubung tragedi menimpa adiknya, Sabtu. Menerusi laman Twitter, merxnism atau Meran berkata bahawa banyak iktibar yang boleh diambil susulan pemergian adiknya, Iqbal Faiz Mat Sah, 20. "Dia sudah pergi buat selamanya. Ada banyak iktibar yang saya boleh ambil dari pemergian adik saya. "Pertama, bila orang yang kau sayang cakap nak jumpa kau, pergilah jumpa. Please. Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terlibat kemalangan. "Kedua, buatlah apa-apa kebaikan sekecil perkara pun tapi hanya kau dan Tuhan saja yang tahu. Dia akan balas (kebaikan) kau," katanya dalam ciapan, Ahad. Meran turut berkongsi tangkap layar perbualan mereka berdua di WhatsApp di mana dia meminta adiknya itu menangguhkan kepulangannya ke kampung menaiki bas pada 22 Ogos lalu. Dia sebaliknya meminta Iqbal yang dipanggil Achik untuk pulang pada minggu berikutnya iaitu minggu dia terbabit kemalangan bagi menyambut hari lahir bapanya. Jelas Iqbal menerusi perbualan di WhatsApp, dia tidak dapat berbuat demikian kerana terdapat program kolej yang terpaksa disertainya. ARTIKEL BERKAITAN: Adik maut makan racun tikus, abang menyesal tak sudah sebab keluar main bola! Menangis sampai basah kain kafan ARTIKEL BERKAITAN: Nahas tiga kenderaan: Dua wanita, seorang lelaki maut di lokasi kejadian "Sambut hari jadi abahlah. Bukan balik saja-saja. Balik je la minggu hadapan. "Burn je (tiket). Balik minggu depan. Nanti aku bagi duit beli tiket baharu," katanya membalas mesej Iqbal mengenai rancangannya untuk pulang ke kampung di Kuantan, Pahang. Dalam pada itu, lelaki ini juga menceritakan mengenai hasrat adiknya yang ingin berjumpa semua kenalannya hanya untuk meminta maaf. Balik minggu depan. Nanti aku bagi duit beli tiket baharu. MERAN "Seminggu terakhir lalu, kau nak jumpa sangat-sangat dengan semua kawan, adik beradik, mak dan ayah, pensyarah dan staf KPTM (Kolej Poly-Tech Mara) untuk ucapkan saya nak minta maaf dan terima kasih sebab takut lepas ni tak jumpa lagi dah. "Rehatlah achik. Terima kasih untuk 20 tahun ni. Al-fatihah," tulisnya dalam foto menunjukkan suasana pengebumian adik bongsunya. Sebelum ini, Meran turut membuat hantaran menyatakan keinginan adiknya untuk memakai sepasang kasut keluaran khas (limited edition) jenama tempatan. Tangkap layar perbualan Meran dan arwah yang dikongsikan di Twitter. Permintaan terakhir tersebut bagaimanapun berjaya ditunaikan oleh Meran sebelum adiknya meninggal dunia. "Kali terakhir saya jumpa Iqbal masa raya haji hari tu. Lepas tu Isnin lepas (28 Ogos) Iqbal teringin nak kasut. "Saya belikan. Rupanya dia nak pakai sampai akhir hayat. Tenanglah dekat sana, Achik," tulisnya dalam ciapan tersebut. Kasut yang dibeli Meran beberapa hari sebelum adiknya maut kemalangan. Pada Sabtu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan I, Izwani Abd Hamid berkata, laporan kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Bezza, Volkswagen dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova diterima pada jam 1.43 petang . Tiga individu maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 50.1 Lebuhraya Senai Desaru menghala Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor. Mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian bersama Iqbal termasuklah Nurul Afrahrina Sazali, 19 dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19. Selain itu, empat mangsa berusia 11 hingga 51 tahun dalam Toyota Innova mengalami cedera ringan, manakala pemandu Volkswagen berusia 50 tahun, dilaporkan selamat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube