SEPERTI diketahui umum, kos untuk melangsungkan perkahwinan bukannya kecil dan ia memerlukan komitmen yang berterusan dalam mengumpul wang. Malah jauh daripada itu, seseorang yang mahu berumah tangga juga harus memikirkan tentang persediaan daripada segi ekonomi untuk jangka panjang. Namun begitu, lain kisahnya untuk inidvidu ini apabila dia cuba mengambil jalan mudah dalam menikahi pasangannya dengan meminta bantuan kewangan kakaknya. Alam perkahwinan pastinya penuh dengan ujian. -Gambar hiasan Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, individu tersebut tanpa segan silu menceritakan rasa terkilan kerana keengganan kakaknya menaja perkahwinannya. "Aku berumur 24 tahun, nak kahwin tahun depan. Bulan lepas aku ada juga cuba minta kakak aku sponsor sedikit untuk majlis aku. "Tapi dia berkeras tak nak keluar duit untuk aku. Aku minta ibu bapa aku tolong tanyakan pun sama, dia (kakak) marah dan terus keluar rumah, sampai diorang dah tak nak cakap pasal ni," ujar inidvidu tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: 6 tahun kahwin tiada anak, Abang Axia tak gelabah cari lain! Berkat sabar Allah hadiahkan bayi kembar, lulus master ARTIKEL BERKAITAN: “Macam kami jamu bangkai” - Pengantin malu majlis kahwin banyak lalat! Tetamu enggan makan, pelamin hilang keindahan Lebih menjengkelkan apabila individu terbabit cuba menggambarkan kakaknya sebagai seorang yang kedekut kerana tidak mahu berkongsi rezeki. "Kakak aku dah 34 tahun, tak ada plan nak kahwin pun dan banyak duit. "Setiap tahun bercuti luar negara, setiap bulan bawa keluarga makan sedap, selalu beli-belah macam-macam. Ini tak mungkin betul. mustahil ada manusia sebengap ini minta duit dari orang apabila diri sendiri nak kahwin. WARGA MAYA "Jadi apa salahnya tolong adik sendiri, kenapa kena pentingkan diri sangat? Aku dah setahun balik kerja seharian, lepas tu masuk kerja sambilan pula, tapi dia tak kesiankan aku pun," kata individu itu menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya seperti tidak percaya adakah individu tersebut benar berfikiran waras. "Ini tak mungkin betul. mustahil ada manusia sebengap ini minta duit daripada orang apabila diri sendiri nak kahwin. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Kakak kau pergi bercuti ada dia minta sponsor kau, kau nak kahwin, kau la kena sponsor diri kau sendiri. "Maaf tapi kalau anda tak mampu nak keluar duit untuk majlis perkahwinan sendiri, adalah lebih elok anda bermuhasabah diri. Kalau mereka yang tawar duit untuk bantu, itu lain cerita. Dah kahwin nanti lagi banyak nak kena keluar duit. "Tebalnya kulit awak ni, dah macam kulit biawak, tak tahu malu ke nak mengemis duit kakak, awak tu yang nak kahwin sekarang ni," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube