suria

3 kilang terbakar, seorang pekerja melecur

Kepulan asap tebal akibat kebakaran kilang di Batu Caves.

TIGA kilang terbakar di kawasan perindustrian Batu Caves di Batu Caves, Selangor, mengakibatkan kepulan asap tebal.

Kebakaran itu turut menyebabkan seorang lelaki berusia 50-an, melecur di tangannya.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.49 pagi Rabu.

“Jentera bomba dari lapan balai bomba ke lokasi kejadian bersama lebih 30 anggota bomba.

"Sebuah kilang cat musnah terbakar 90 peratus, manakala kilang alat ganti dan kilang pembungkusan masing-masing terbakar 20 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.07 petang.

Menjelang 1.07 tengah hari, api dapat dikawal, katanya.

“Seorang mangsa yang cedera bekerja di kilang cat,” tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain