suria

Subuh dulu baru kerja... Wanita sejuk hati pemandu van sekolah anak jaga hubungan dengan Allah, terharu minta maaf lewat sampai

Kesibukan hidup boleh menjadi cabaran untuk menjaga solat. -Gambar hiasan

SOLAT merupakan tiang agama.

Sebagai seorang Muslim, adalah satu kewajipan untuk memastikan solat fardu lima waktu sehari dijaga tanpa kompromi.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita mencoretkan kisah menyentuh hati melibatkan seorang pemandu van yang mengambil dan menghantar anaknya pergi serta pulang dari sekolah.

Solat mampu mendekatkan seseorang itu kepada Allah. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, pemandu van tersebut yang merupakan lelaki pertengahan usia dilihat sungguh mulia akhlaknya, dipercayai berpunca daripada hubungan baiknya dengan Allah.

"Pagi tadi, van yang sepatutnya mengambil anak saya tiba agak lewat. Saya sedikit risau ketika itu, takut ada berlaku sesuatu yang tidak diingini. Tak lama selepas tu, van anak saya akhirnya sampai.

"Perkara yang mengagumkan saya adalah melihat pemandu van tu sangat berbudi bahasa dan lembut tuturnya. Sampai je di depan rumah, dia terus turun daripada van dan cakap begini... maaf puan, saya lambat, sekarang subuh masuk lewat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lega dapat jaga solat, pakcik bas ekspres tak lupa waktu Subuh... Paling indah siap kejut penumpang Muslim turun ramai-ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Ibadat dulu, baru cari rezeki! Sejuk hati tengok lelaki solat Subuh berjemaah dalam KTM, cepat rebut jika masih bujang

"Rupanya dia terlajak masa kerana nak menunaikan solat. Saya pun jawab... tak mengapa bang, awak tak perlu minta maaf pun sebenarnya, tanggungjawab kita kepada Allah harus diutamakan.

"Tapi inisiatif dia untuk turun menerangkan situasinya kepada saya, itu perlu dihargai. Rata-rata saya perhatikan, orang yang menjaga solat ni, mesti perwatakan dia menyejukkan hati," ujar wanita tersebut mengambil iktibar.

Perlu kekuatan iman untuk menjaga solat Subuh... sesetengah orang akan tinggal je.

WARGA MAYA

Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat memberikan pujian kepada lelaki itu kerana berusaha menjaga sembahyang meskipun dihimpit kekangan waktu.

"Betul, saya perasan waktu Subuh masuk agak lewat sejak kebelakangan ni, sekitar pukul 6.09 pagi. Kalau sesiapa yang nak pergi kerja dan sebagainya, mesti terkejar-kejar juga.

Tiada yang lebih penting di dunia ini melainkan solat. -Gambar hiasan

"Perlu kekuatan iman untuk menjaga solat Subuh dalam keadaan sebegini, sesetengah orang akan tinggal je sebab risau kalau lambat keluar rumah, jalan akan jadi sesak dan lambat sampai pejabat.

"Kalau waktu solat yang normal, sebelum pukul 6 pagi saya dah boleh selesai Subuh dan terus gerak dari rumah. Sekarang saya kena tunggu atau keluar rumah dulu dan solat di kawasan rehat dan rawat (R&R)," ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain