MASA bercinta semua manis, sanggup berkongsi apa saja demi kekasih yang dicintai. Malah, ada yang tidak berfikir panjang hanya kerana mahu menawan hati si kekasih. Begitulah yang dialami seorang pemuda mengenai teman wanitanya yang mempunyai hutang keliling pinggang. Setiap pasangan sanggup berkorban demi kekasih. -Gambar hiasan "Kekasih aku banyak hutang kat orang, jadi aku pinjamkan duit kat dia untuk langsai hutang orang tu. Biar dia hutang kat aku seorang saja. "Dia pernah sampai nak jual diri dan minta break sebab hutang. "Jadi, aku korbankan wang simpanan dan kasi dia pinjam," katanya tanpa mendedahkan jumlah hutang wanita itu dan wang simpanan yang sudah dihabiskan. Bagaimanapun menerusi luahannya di laman X, pemuda itu berkata segala pengorbanannya untuk wanita berkenaan hanya sia-sia kerana hubungan mereka putus di tengah jalan. ARTIKEL BERKAITAN: Mekanik terkejut pelanggan lama muncul bayar hutang, kereta siap ‘repair’ 10 tahun lalu - “Tiba-tiba dia tergerak hati” ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf tiada duit kecil” - Ibu pedih dapat mesej cikgu, permintaan pinjam duit untuk anak beli makanan di kantin tak dilayan Tanpa mendedahkan punca keretakan hubungan mereka, pemuda itu kini menyuarakan kebimbangan tentang hutang-hutang bekas teman wanitanya yang belum langsai. "Sekarang hubungan kami dah putus. Hitam putih dia pinjam tak ada. Lepas ni jauhi orang kuat berhutang dan minta rekod CCRIS/ CTOS sebelum bercinta. WARGA MAYA "Aku risaulah dia tak akan bayar balik kat aku," luahnya. Di ruangan komen, warga maya terkejut dengan pendedahan pemuda itu berhubung kesanggupannya mengorbankan wang simpanan demi seorang wanita yang hanya berstatus kekasih. Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun rata-rata warga maya 'berfirasat' adalah mustahil untuk dia mendapatkan semula hutangnya. "Anggaplah sedekah hang bantu fakir miskin. Seorang pemuda tidak dapat menahan kesedihan. -Gambar hiasan "Lupakan duit yang telah terbazir untuk dia. Kebarangkalian untuk dapat balik kosong peratus. "Memang confirm tak bayar. Tak apalah, asalkan dah putus. Lepaskan diri dulu. "Yang dah bagi tu payah nak dapat balik. Semoga jadi pengajaran. Kena lebih selektif selepas ni. Kena test dan lebih berhati-hati," demikian antara komen warga maya. Pada masa sama, ada yang menasihatkannya untuk lebih bijak memilih pasangan agar tidak lagi menjadi mangsa keadaan terutama melibatkan hal kewangan. "Lepas ni jauhi orang kuat berhutang dan minta rekod CCRIS/ CTOS sebelum bercinta," kata warga maya merujuk pada rekod kredit peminjam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube