suria

Wanita bazir 14 tahun puja lelaki, tak ‘move on’ walau cinta ditolak... Makin sakit hati ‘crush’ dah kahwin ada anak satu

Setiap individu mengimpikan kehidupan bahagian selepas berumah tangga. -Gambar hiasan

CINTA bertepuk sebelah tangan memang menyakitkan.

Bukan sahaja impian perkahwinan bersama musnah, malah seorang wanita terpaksa melihat lelaki yang dicintai mendirikan rumah tangga dengan orang lain.

Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun itulah realiti yang berlaku kepada seorang wanita.

Menurut wanita itu, dia mula menyukai lelaki berkenaan ketika masih berusia belasan tahun.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

"Saya suka dia sejak bujang sampai sekarang dia dah kahwin dan ada seorang anak. Saya suka dia waktu pertama kali jumpa masa umur saya 13 tahun.

"Dulu saya pernah meluahkan perasaan pada dia, tapi dia tolak. Selama tiga tahun saya tak putus asa, tapi akhirnya dia kahwin dengan orang lain," katanya menerusi satu luahan di Facebook.

Wanita itu yang kini berusia 27 tahun berkata, sungguhpun dia sudah tidak berhubung dengan lelaki itu tetapi perasaan cinta yang masih ada kembali menghantuinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘kalah’ dengan janda anak satu, impian kahwin musnah... Makin serabut bekas tunang desak pulangkan duit, barang hantaran

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat suka ‘stalk’ orang, sendiri sakit hati! Isteri terkedu dapat tahu maksud di sebalik password suami, ada kaitan ex-GF

Namun lama-kelamaan, perasaan itu bertukar menjadi sakit hati sehingga dia mengakui sering mengeluarkan kata-kata kesat kepada lelaki berkenaan.

"Saya rasa mcm stres dengan perasaan sendiri. Saya tak boleh move on. Dia lebih tua daripada saya, jarak tiga tahun.

"Saya sakit hati dan terus maki hamun dia. Tapi saya rasa saya macam psiko pula sebab macam memaksa dia suka kat saya.

Ramai lagi boleh kau pilih dan berkawan... yang penting jangan ganggu hak orang.

WARGA MAYA

"Kat media sosial kami saling memaki hamun. Apabila dia nampak saya, muka dia jadi lain. Masam memanjang tapi saya buat poyo je padahal saya yang mulakan masalah.

"Sampai dia jadi mangsa dalam hal ni. Kadang saya rasa bersalah sebab dia jadi begitu. Dia dah jadi suami orang tapi saya pula tak boleh move on," katanya lagi.

Kisah lama masih dikenang. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya supaya melupakan lelaki itu sebelum keadaan menjadi lebih parah dan mencari kebahagiaan sendiri.

"Dah boleh lupakan dia, dia milik orang lain. Kiranya awak dah ganggu hidup dia. Awak berhak cari yang boleh sayangi awak, terutamanya sayangi diri sendiri.

"Move on, jangan kacau hidup orang. Kau pun dah umur 27 tahun, ramai lagi boleh kau pilih dan berkawan. Yang penting jangan ganggu hak orang.

"Kena buka minda dik. Lelaki baik, good looking bukan dia seorang. Ni sebab kau tak bagi peluang pada orang lain, pada diri sendiri explore dunia bersama individu lain," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain