STIGMA masyarakat memandang mereka yang menyandang gelaran ibu atau bapa tiri sebagai individu yang berperwatakan negatif cukup menebal walaupun hakikatnya tidak semua mempunyai sifat sedemikian. Ramai ibu atau bapa tiri yang benar-benar menyayangi dan menjaga anak-anak tiri mereka dengan penuh kasih sayang umpama darah daging sendiri, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang individu ini. Dalam satu muat naik di media sosial, lelaki itu berkongsi cabaran mendidik anak tirinya yang sedang meningkat remaja dan terjebak dengan perkara tidak bermoral. "Saya ada anak tiri perempuan yang sekarang umurnya 15 tahun. Saya senyap-senyap check phone dia dan di gallery photo. "Ada banyak gambar-gambar dia yang tak censored dan dia sent pada boyfriend dia yang berumur 16 tahun. Ibu bapa perlu memantau aktiviti anak masing-masing dikhuatiri terjebak dengan perkara tidak sepatutnya. -Gambar hiasan "Dulu saya dah tegur jangan buat lagi tapi kali ni dia buat lagi jauh," luahnya. Individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu menambah, selain gambar yang agak keterlaluan, anak tirinya itu juga memburuk-burukkan dirinya kepada teman lelaki menerusi perbualan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Serbu hotel bajet, pencegah maksiat tergamam tangkap pasangan pelajar tahfiz... Lelaki siap serban, perempuan pakai abaya! ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 14 tahun mula hidup liar, bebas ‘diangkut’ lelaki... Jiran sedih ibu bapa langsung tak kisah! - “Budak tu datang rumah kami menangis” "Saya tengok chat-chat dia dengan boyfriend dia. Anak tiri saya (beritahu) serabut dengan saya, dan dia kata dekat boyfriend dia yang dia tu tanggungan abang-abang dia... bukannya tanggungan saya. "Dan pada dia, saya tak berhak nak pantau dia. Abang-abangnya pun entahlah. Perangai pun lebih kurang dia. Mereka pernah curi-curi berjumpa. Dan saya harap mereka tak buat benda-benda yang tak elok," kongsinya. Jumpa terus boyfriend anak tu. Jumpa family dia, ugut terus. Kalau buat lagi, jalan report terus. NETIZEN Ujarnya, dia serba salah untuk memberitahu isterinya mengenai perkara tersebut kerana wanita itu sedang sakit dan bimbang berita berkenaan akan menjejaskan lagi kesihatannya. "Apakah yang patut saya buat daripada sudut perundangan, sebelum dia dan teman lelakinya tersasar lebih jauh?" tulisnya meminta pandangan warga maya. Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut merasai dilema yang dihadapi individu berkenaan dan mereka tampil berkongsi pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalah yang dilaluinya. Saranan dan pandangan netizen terhadap luahan individu berkenaan. "Minta ibunya dapatkan perintah mahkamah untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) take over kes ni atas sebab anak dah tak boleh dikawal. Atau pun hantar ke rumah pemulihan akhlak. "Akta kanak-kanak berkenaan jenayah seksual amat berat. Boleh buat laporan kepada JKM. "Jumpa terus boyfriend anak tu. Jumpa family dia, ugut terus. Kalau buat lagi, jalan report terus. Cegah sekarang, daripada menyesal di kemudian hari," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube