suria

Wanita tergamam dapat BF tak relaks, baru minta putus terus kena ugut! - “Bayar balik semua aku pernah belanja”

Lumrah pasangan bercinta saling memberi hadiah. -Gambar hiasan

PEMBERIAN hadiah istimewa kepada insan tersayang sudah menjadi lumrah setiap pasangan bercinta.

Ketika itu, mintalah apa sahaja pasti permintaan pasangan masing-masing akan cuba ditunaikan.

Namun perlu diingat apabila hubungan diuji dengan pergaduhan, ada pasangan sanggup meminta semula segala hadiah yang pernah diberikan seperti kisah dikongsikan seorang wanita ini.

Hubungan menjadi lebih diberkati selepas diijab kabul. - Gambar hiasan

Hubungan akan lebih diberkati selepas diijabkabul. - Gambar hiasan

"Aku ingat lagi waktu kakak aku bercinta, dia pernah minta putus. Tau tak lelaki tu cakap apa?

"Nak putus boleh tapi kau bayar balik semua benda yang aku pernah belanja dan belikan untuk kau selama kita bersama... kau jangan nak lari," kongsi wanita itu mengenai kisah kakaknya di media sosial.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata permintaan lelaki itu membuatkan kakaknya tergamam.

"Diam terus kakak aku. Tapi akhirnya mereka kahwin juga. Hampir 10 tahun dah kahwin," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘kalah’ dengan janda anak satu, impian kahwin musnah... Makin serabut bekas tunang desak pulangkan duit, barang hantaran

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup berhutang demi kereta baharu BF, bayar balik tak habis-habis... Wanita akhirnya mengaku bodoh, terus minta putus

Tambahnya, berdasarkan kisah kakaknya itu dia mendapat pengajaran bahawa setiap pasangan yang sedang bercinta agar tidak terlalu bersikap meminta-minta.

"Sebabnya orang lelaki ni, apabila akal gila dia datang, macam-macam dia boleh buat.

"Orang tu dah habis banyak untuk awek dia, sekali awek dia minta putus. Kau ingat dia nak lepaskan macam tu je? Tak ada," katanya.

Saya rasa sebenarnya abang ipar awak tu pandai... dia tak nak lepaskan kakak awak sebab dia sayang.

NETIZEN

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dengan ada yang melihat ia sebagai helah lelaki untuk mempertahankan hubungan yang terjalin.

"Saya rasa sebenarnya abang ipar awak tu pandai. Dia tak nak lepaskan kakak awak sebab dia sayang.

"Tapi sebab tak nak nampak dia sayang sangat, dia guna cara halus," demikian kata seorang pelayar media sosial.

Sementara itu beberapa warga maya lain turut berkongsi pengalaman sendiri hingga akhirnya membawa ke jenjang pelamin.

Publics is seen looking for the Valentine's day gifts near Petaling Street on February 13.—AZMAN GHANI/The Star

Pemberian bunga juga menjadi antara amalan bagi pasangan bercinta.

"Saya dengan suami pun dulu macam tu. Hari-hari gaduh lepas tu minta putus. Laki saya sound... aku dah banyak berhabis kat kau senang-senang kau je nak blah kan.

"Dia suruh bayar balik semua baru boleh putus, walhal dua-dua tak nak putus pun. Ini semua ego masa gaduh," kata seorang wanita.

"Suami saya macam ni. Terseksa ye hidup setiap benda kena ungkit. Sama juga 10 tahun dah kahwin ada lima anak dah.

"Nak lari tak boleh sebab rasa bergantung dan macam pinjaman jangka panjang," kongsi wanita lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain