suria

Mak masuk ‘side’ adik, sokong perangai munafik tak bayar hutang! Abang menyesal tolong buat ‘loan’ kahwin, hari-hari dikejar bank

Pinjaman peribadi boleh menjadi bebanan jika tidak diurus dengan bijak. -Gambar hiasan

PINJAMAN peribadi adalah antara kemudahan pembiayaan kewangan yang semakin meluas penggunaannya kerana ia boleh dikatakan sangat mudah untuk diperoleh.

Namun kadar faedah yang agak tinggi mungkin menjadi bebanan kewangan di kemudian hari sekiranya tidak diurus dengan baik.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia 'dikejar' pihak bank selepas membuat pinjaman peribadi berjumlah RM25,000 untuk adiknya yang ingin berkahwin.

Elakkan berhutang untuk berkahwin. - Gambar hiasan

Elakkan berhutang untuk berkahwin. - Gambar hiasan

Menurut isteri kepada individu tersebut, apa yang lebih dikesalkan ialah mereka sekeluarga akhirnya dihina keluarga hanya kerana mendesak si adik agar segera membayar pinjaman berkenaan.

"Tanpa pengetahuan saya, suami buat pinjaman untuk adiknya yang nak kahwin. Selepas beberapa tahun kantoi sebab saya jumpa surat bank nama suami saya masa balik kampung.

"Surat tu maklumkan bayaran tertunggak beberapa bulan. Saya desak suami tanya loan apa sebab setahu saya memang suami tak buat apa-apa pinjaman. Sebab kena desak akhirnya suami mengaku memang dia buat loan tu," luah isteri kepada lelaki terbabit di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik hilang kerja, tak kenang budi kakak bantu selesai tunggakan pinjaman! 10 tahun tak bertegur, tiba-tiba suruh bayarkan baki loan 2K

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis poket kosong geram encik tunang gagal mohon pinjaman peribadi, tiada duit nak kahwin! - “Aku nak booking pelamin pun susah”

Menceritakan lebih lanjut, wanita itu berkata suaminya amat tertekan kerana dihubungi pihak bank hampir setiap hari untuk memintanya melunaskan pinjaman.

"Saya tak tahan, saya mesej adik ipar suruh dia bayar. Sedap dia kata dia sibuk tak sempat nak pergi bayar pinjaman. Bukan tu saja, siap balik kampung mengadu kat mak mentua kata saya kurang ajar desak dia bayar hutang.

"Mak mentua pun buat drama menangis call suami, kata suami anak derhaka," katanya.

Suami lega hutang dia dah selesai dan dia janji tak akan buat pinjaman untuk orang lain.

PENGADU

Tambahnya, isu berkenaan tidak berakhir di situ apabila ibu mentua bersama adik-beradik suaminya datang ke rumah mereka.

"Ramai-ramai datang serang saya kat rumah. Masa datang tu saya lari la masuk bilik sebab nak pakai tudung. Abang dia dah tak sabar sangat nak marah saya. Dia kata panggil bini kau keluar.

"Suami saya dah kena cop anak derhaka masa tu. Famili mentua dalam lapan orang datang bukan cerita pasal loan tu, tapi cerita benda yang tak berkaitan. Katanya saya tak tolong suami sampai suami tak dapat bayar loan," katanya.

Sejak daripada insiden itu, difahamkan adik iparnya mula membayar hutang yang tertunggak tetapi hubungan mereka sekeluarga dengan keluarga mentua menjadi keruh.

Wang ringgit boleh menjadi punca perbalahan keluarga. - Gambar hiasan

Wang ringgit boleh menjadi punca perbalahan keluarga. - Gambar hiasan

"Suami tekan adik dia... akhirnya adik dia suruh bini dia yang baru dikahwini tu buat loan bayar hutang suami saya. Dengan bangganya dia kata... aku pinjam nama kau je bukan pinjam duit kau," tambahnya.

Walaupun bayaran pinjaman itu sudah diselesaikan, wanita itu mendakwa mereka sekeluarga dianggap jahat oleh keluarga mentuannya.

"Suami lega hutang dia dah selesai dan dia janji tak kan buat pinjaman untuk orang lain. Tapi sejak tu kami ni dianggap jahat dan pentingkan diri.

"Sampai ke anak-anak saya orang tak suka," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain