KUTU biasanya akan dimainkan atas dasar kepercayaan antara satu sama lain kerana ia tidak terikat dengan apa-apa perjanjian bertulis. Justeru, terdapat risiko yang perlu ditanggung oleh mereka yang terlibat dalam permainan ini. Seperti perkongsian seorang wanita, dia mendakwa sudah tiga bulan menunggu wang yang sepatutnya diterima namun ibu kutu memberi pelbagai alasan tidak munasabah. Sebagai penerima terakhir, wanita ini memberitahu ibu kutu berkenaan asyik menangguh pembayaran dengan alasan pemain lain tidak membuat bayaran. Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama seperti bermain kutu adalah harus.. -Gambar hiasan “Aku main kutu, giliran duit dapat akhir sekali. Tapi apabila giliran sampai, duit tak ada. “Dah masuk tiga bulan ibu kutu tangguh katanya orang (pemain lain) tak bayar. “Ibu kutu siap beri tip supaya jangan ambil giliran akhir,” demikian menurut wanita berkenaan penuh hampa. Bagaimanapun menurut wanita berkenaan dia mengambil giliran terakhir kerana sekadar memenuhi kekosongan dan kuota kumpulan berkenaan bermain kutu. “Saya main pun sebab nak cukupkan orang. Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya main duit kutu dengan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita heret ‘ibu kutu’ naik mahkamah, tuduh larikan RM15,000! Siap syak terlibat aktiviti cuci duit ARTIKEL BERKAITAN: Main kutu nak kumpul wang segera... apa hukumnya dalam Islam? “Kali pertama main kutu, okey. Jadi, saya fikir tak ada masalah apabila terus bermain bagi kumpulan seterusnya. Sekarang, padan muka saya “Ibu kutu beritahu tengah ikhtiar kumpul duit," katanya lagi sambil memberitahu ibu kutu berkenaan adalah kawan kepada kenalannya. Bermain kutu ialah dibenarkan selagi mana jauh daripada riba, kezaliman dan unsur-unsur yang haram. PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN Susulan itu dia dimarahi suami kerana berani bermain kutu dengan individu tidak dikenali. Individu berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan tentang jumlah wang kutu yang sepatutnya diterima. “Apabila giliran orang lain, saya bayar elok je. Tapi apabila waktu saya nak ambil duit, tiba-tiba beri alasan bodoh. “Sekarang menyesal pun tak guna. Saya beritahu suami tapi saya yang kena marah,” jelasnya lagi. Kutu dibolehkan selagi tidak mengandungi riba, kezaliman dan unsur-unsur yang haram.. - Gambar hiasan Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan ibu kutu kerana tidak bertanggungjawab. Malah ada juga dalam kalangan warga maya yang menasihatkan wanita tersebut untuk membuat simpanan sendiri kerana lebih selamat. “Berdosa mak kutu tu. Selalunya main kutu dengan orang yang dipercayai. Saya main kutu sejak zaman kerja di Johor sampai pindah Shah Alam, hampir sedekad masih bertahan dengan kumpulan sama. “Aku pernah sound ibu kutu kerana apabila sampai giliran aku, dia tak bayar penuh, bayar lambat. Tapi apabila awal giliran dia dengan suami lewat sehari kena maki. Habis kutu tu, aku tak main dah," kata beberapa netizen. Untuk pengetahuan bersama, laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan bermain kutu ialah dibenarkan selagi mana jauh daripada riba, kezaliman dan unsur-unsur yang haram. Namun demi memastikannya halal, perlulah dipastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat akad bertulis bagi melindungi kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube