HASRAT seorang lelaki mahu menamatkan zaman bujang musnah apabila ditipu bakal isteri. Menerusi satu perkongsian di laman sosial, pemuda berkenaan memaklumkan segala persiapan untuk majlis perkahwinan sudah dilakukan. Namun menjelang hari majlis seperti yang dirancang, dia mula berasa tidak sedap hati dan mula mengesyaki sesuatu mengenai pengantin perempuan. "Saya dah beli semua hantaran, buat persiapan kahwin. Tapi perempuan ni pandai sangat berlakon, saya pun percaya. Lelaki itu sudah membuat persiapan perkahwinan selepas wanita berkenaan bersetuju menjadi isterinya. -Gambar hiasan "Lepas beritahu nak datang ke rumah berjumpa ibu bapa dia, banyak pula alasan dan putar belit. Ini membuatkan saya rasa kena scam. "Saya buat carian Google nama dia dan dapat telefon pejabat dia. Tiga hingga empat orang cakap dia sebenarnya sudah berkahwin," katanya dalam satu hantaran di laman 'Tips Persiapan Kahwin'. Lelaki itu bagaimana tidak mendedahkan bagaimana dan usia perkenalannya dengan wanita itu. Dia bagaimanapun mengakui sudah banyak memberikan wang kepada wanita berkenaan sejak menjalinkan hubungan. Jelasnya lagi, dia berjaya mendapatkan nombor kad pengenalan wanita tersebut untuk membuat semakan. ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup sudah bersuami, wanita simpan kekasih gelap tujuh tahun! Paling ngeri BF pun ditipu, mengaku masih anak dara ARTIKEL BERKAITAN: Lebih RM60,000 simpanan hangus! Pasangan ini kena ‘kencing’, bakal abang ipar kononnya nak jual rumah corner lot - "Saya harus perah keringat, bermula dari kosong" Seperti yang dijangka, maklumat yang diberikan 'bakal isteri' selama ini rupa-rupanya palsu sedang banyak pemindahan wang dibuat ke akaun bank wanita itu. "Selama perkenalan dengan dia, banyak juga saya sudah transfer (beri duit) dekat dia. "Lepas tu sekarang dapat nombor kad pengenalan dia. Kawan di tempat kerja dia pun terkejut apa yang dia lakukan. Orang lain punya susah nak cari jodoh. Bila sudah dapat boleh pula kena scam. NETIZEN "Nombor kad pengenalan yang dia beri dekat saya untuk pendaftaran online pun palsu. Banyak sudah dia tipu saya," ujarnya yang turut tidak memperincikan jumlah wang yang sudah diberikan kepada wanita itu. Difahamkan, dia hanya berjumpa wanita itu sebanyak dua kali dalam tempoh perkenalan mereka sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga. Terkini, pemuda itu memikirkan langkah seterusnya dengan membuat semakan status perkahwinan wanita berkenaan. Luahannya ternyata mendapat perhatian ramai selepas dan bersimpati dengan nasib malang yang dialaminya. Komen netizen di Facebook. Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan ada yang menyarankan agar lelaki itu mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut keadilan. "Orang lain punya susah nak cari jodoh. Bila sudah dapat boleh pula kena scam. "Selalunya perempuan kena tipu dengan lelaki, sekarang lelaki pula kena scam dengan perempuan. Ni parah ni. "Kerana duit, sanggup gadai maruah ye sekarang. Status kahwin tu boleh semak di pejabat agama kalau ada resit ke apa-apa bukti awak pernah bagi. Pergi buat laporan polis tuntut balik," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube