MENJADI tulang belakang keluarga dan harapan ibu bapa bukan satu perkara yang mudah. Namun beban terasa apabila ada dalam kalangan adik-beradik yang mengambil kesempatan di atas tanggungjawab itu. Seorang pelayar di laman sosial berkongsi kisah mengenai rakan wanitanya yang dibebani dengan tanggungan luar jangka. Menurutnya, wanita berkenaan merupakan anak kedua, mempunyai abang dan adik perempuan tetapi terpaksa menyara adiknya yang sudah pun berumah tangga. Menanggung keluarga bukan perkara mudah. -Gambar hiasan "Kawan saya tu masih belum berkahwin sama macam saya. Tapi saya tak kahwin sebab sudah malas nak fikir bab jodoh dan sebagainya. "Tapi dia punya cerita sangat sedih. Abang dia yang sulung pun tak kahwin lagi sebab menanggung adik-beradik," ujarnya memulakan cerita. Menurut wanita itu, masalah mula timbul apabila adik perempuan bersama suami iaitu adik iparnya memutuskan untuk tinggal bersama ibu bapa mereka. Malah, situasi menjadi lebih rumit apabila ibu bapa mereka sudah tua dan sering sakit kerana faktor usia. ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangis tak larat tanggung keluarga, geram adik-beradik malas kerja... Isteri pasrah nafkah kerap tertunggak ARTIKEL BERKAITAN: Anak guna nama bapa buat loan tapi culas bayar, kini jadi biawak hidup! Adik beradik lain kerja tolong bayar hutang Bagaimanapun, adik perempuannya memberikan alasan kononnya mahu menjaga ibu bapa di rumah tetapi hakikatnya, perkara sebaliknya pula yang berlaku. "Adik dan suami dia duduk je tak kerja tak buat apa. Kasihan kena bela suami isteri tu dua hingga tiga tahun. Mak ayah pula sudah tua dan sakit. "Alasan adik nak jaga mak ayah di rumah sebab tak ada siapa nak menjaga konon. Akhirnya, beranak-pinak dekat rumah tu juga. Jangan dibela 'biawak hidup' macam ni. Mudarat hidup sampai ke sudah. NETIZEN "Guna duit ihsan yang abang dan kawan saya bagi dekat mak ayah setiap bulan. Sampai sekarang tak ada hati nak pindah rumah atau cari kerja. Nak beli lampin anak pun minta duit kakak dan abang," jelasnya. Perkongsian wanita itu mengenai nasib rakannya yang terpaksa berhadapan keluarga sebegitu meraih simpati ramai warga maya. Rata-rata netizen menggesa agar adik perempuan dan suaminya perlu belajar berdikari dan tidak mengambil kesempatan atas ihsan lain. Antara komen netizen. "Habis tu adik ipar dia tu buat apa, lelaki macam ni memang kena putus terus. "Jangan dibela 'biawak hidup' macam ni. Mudarat hidup sampai ke sudah. "Elok angkut mak ayah tu pergi rumah abang. Biar yang menumpang tu duduk rumah tu. Bukan main ya dah beranak tak reti cari duit bela anak," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube