TREND mengadakan majlis reunion bersama kenalan sekolah ataupun universiti sememangnya sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi. Aktiviti ini membuka peluang untuk bertemu semula dengan rakan-rakan lama, berkongsi kenangan manis dan mengeratkan hubungan silaturahim yang mungkin terputus akibat jarak dan kesibukan masing-masing. Selain itu, reunion juga menjadi platform untuk saling bertukar cerita mengenai pencapaian peribadi, kerjaya, dan keluarga masing-masing. Bagi kebanyakan orang, majlis reunion bukan sekadar sebuah acara sosial, tetapi juga momen untuk mengenang kembali zaman ketika sama-sama belajar sebelum ini. Dalam sesetengah kes, majlis reunion juga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. Dalam satu hantaran di laman TikTok, seorang pelayar berkongsi pandangan peribadinya yang berpendapat bahawa majlis reunion mempunyai lebih banyak keburukan. Menurutnya, ramai yang mungkin cenderung menjadikan majlis tersebut sebagai medan untuk menonjolkan kehebatan pencapaian masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda serik sertai reunion! Rimas kawan suka bersaing... guna Myvi disuruh tukar BMW, katanya ‘baru nampak berjaya’ ARTIKEL BERKAITAN: Bahana reunion, cinta lama bertaut kembali dengan ex-BF! Suami cerai isteri sehelai sepinggang selepas kantoi zina "Selain media sosial, satu lagi keadaan toksik yang kau kena avoid adalah high school reunions. "Masa ini lah masing-masing terpaling kereta, terpaling kaya, terpaling bahagia, terpaling English, terpaling anak pandai semua keluar cerita. "Kita yang doing better pun naik segan dah. Jadi untuk kesihatan mental kita, tak payah nak pergi. Bukan best pun," tulisnya. Aku tak minat nak pergi reunion. Sebab dah banyak terjadi runtuhnya rumah tangga yang harmoni. NETIZEN Perkongsian pelayar tersebut mengundang perhatian warya maya dengan pelbagai reaksi dan pandangan masing-masing. Segelintir netizen yang menyokong pandangan pelayar berkenaan menyifatkan majlis reunion hanya menggalakkan perbandingan sosial yang tidak sihat. "Aku tak minat nak pergi reunion bekas rakan sekolah, grup kawan-kawan lama. Sebab dah banyak terjadi runtuhnya rumah tangga yang harmoni. "Betul, sangat annoyed. Dah left group untuk kesihatan mental. "Elakkan juga pergi famili day. Sama saja effect dia, ramai yang toksik," demikian antara komen warga maya. Antara pandangan netizen terhadap perkongsian berkenaan. Namun terdapat netizen berkongsi pengalaman yang bukan seperti digambarkan, malah majlis itu sebenarnya banyak membantu dari segi 'network' dan peluang kerja serta bisnes. "Waktu tu aku menganggur. Kawan tanya kerja mana? Aku jawab menganggur. Dia ambil resume saya dan pass dekat kenalan dia. Lepas reunion, saya dipanggil untuk temu duga dan dapat kerja. "Betul! Jumpa sekali-sekala siap ada yang bagi contact network, supplier bagai. Kalau jenis circle tak best, memang sampai ke tua lah circle toksik. Bukan sebab reunion. "Saya umur 39 pergi reunion okay-okay saja. Mungkin semua dah matang dan memahami situasi yang lain," komen netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube