suria

Mulanya sangka gaji masuk, rupanya pekerja dapat mesej bos minta siapkan tugasan... Cuti terganggu fikir kerja

Pekerja buntu, sama ada perlu menjawab mesej majikan ketika luar waktu kerja. - Gambar hiasan

WHATSAPP kini menjadi platform utama untuk berkomunikasi, sekali gus memudahkan majikan dan pekerja berinteraksi.

Namun, tindakan segelintir majikan menghantar mesej sesuka hati tanpa mengira waktu boleh membuatkan pekerja berasa kurang selesa.

Begitulah yang dialami seorang pekerja yang sedang bercuti, menerima mesej daripada majikan yang mengingatkannya untuk menyiapkan tugasan sekembali ke pejabat.

Tekanan kerja dan kerja lebihan masa antara faktor ramai sanggup bekerja sendiri. - Gambar hiasan

Tekanan dan kerja lebih masa antara faktor ramai sanggup berhenti dari dunia profesional. -Gambar hiasan

Di laman sosial, wanita itu mempersoalkan kewajarannya untuk tidak menjawab mesej majikan, ketika dia sedang bercuti.

“Tak apa kan kalau tak jawab mesej daripada bos. Baharu terima mesej untuk kerja Isnin nanti.

“Biarpun kena siapkan pada Isnin, tapi bos dah rosakkan mood. Sebab mesej daripada dia dibaca dan saya mula fikir tentang kerja.

“Mungkin dia rehat waktu tidur sahaja. Dia mesej tak kira masa, malam pun mesej,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah habis waktu pejabat mesej WhatsApp berkaitan kerja tetap masuk, bos masih bagi arahan... Salah ke abai, keluar grup?

ARTIKEL BERKAITAN: Masak 28 jenis lauk, lelaki reda hujung Ramadan bos bagi gaji ciput! Tanpa disangka dibayar mahal kerja part time jadi imam

Walau bagaimanapun, wanita itu hanya meluahkan kerana stres memikirkan tentang kerja pada waktu cuti.

“Saya faham. Memang pemilik perniagaan selalu macam ni. Hanya staf ikut waktu.

“Saya tertekan sebab terfikir tentang kerja biarpun kerja tu nanti boleh buat.

“Syukur tak bawa balik komputer riba, risau terus buka buat kerja je ni,” katanya secara berseloroh.

Memang pemilik perniagaan selalu macam ni. Hanya staf ikut waktu.

PEKERJA

Selain itu jelasnya, majikannya juga sering menghantar mesej panjang kerana tugasan yang perlu diselesaikan begitu mencabar.

"Fyi (for your information), saya cuti dari Khamis. Isnin naik kerja dan Selasa cuti lagi.

"Boleh jadi majikan takut terlupa jadi dia mesej di luar waktu kerja.

“Saya kena belajar jangan tengok mesej lepas ni. Tadi buka ingatkan nak beritahu ada masalah pasal gaji ke sebab gaji pun tak masuk lagi,” ujarnya.

WhatsApp kini menjadi platform penghubung antara majikan dengan pekerja. - Gambar hiasan

WhatsApp menjadi platform komunikasi antara majikan dan pekerja. -Gambar hiasan

Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi warga maya yang turut berkongsi pengalaman sama.

“Tak apa. Tak salah pun. Cuma kadang terfikir, saya dalam cuti berpantang pun bos telefon lagi. Tapi sebab saya seorang saja yang tahu kerja tu, maka dia pun tanya saya.

“Biasanya kalau hari minggu atau cuti atau lepas waktu pejabat apa-apa mesej daripada majikan memang saya tak layan. Melainkan ada hal kecemasan. Tapi kalau sekiranya telefon bimbit atau data syarikat beri, perlu standby 24 jam.

“Saya memang akan fikir tentang kerja atau report yang majikan nak tu. Saya archive chat pihak atasan saya. Hanya baca pada Isnin.

“Sama macam bos saya, dia akan up dalam grup siap tag nama kita tapi tak perlu balas pun. Kadang-kadang, dia up sebab dia baru teringat fasal tu, takut lupa,” demikian antara perkongsian netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain