MASA bercinta semuanya indah, bila sudah memasuki fasa perkahwinan barulah tahu sikap sebenar pasangan masing-masing. Jika perangai yang baik masih sama bersyukurlah, tetapi jika sebaliknya bertabahlah. Begitu dilema seorang isteri yang hanya menyedari suaminya sebenarnya bersikap panas baran. Lebih malang, apabila dia sering dimarahi dan dipukul suami. Pengambilan air kosong amat bagus untuk menggantikan minuman manis. -Gambar hiasan Di media sosial, seorang doktor berkongsi perbualannya bersama seorang pesakit yang mendedahkan tentang dirinya dipukul suami kerana menghidap kencing manis. "Tinggi bacaan gula puan ni. Insulin cucuk berapa? Dalam rekod 40 unit," tanya doktor kepada wanita itu. "Saya cucuk 36 je doktor. Kerap hypo (hipoglisemia) bila 40. Kalau hypo je kena pukul dengan suami," kata wanita itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ingat minum air kosong boleh ‘bilas’ minuman manis dalam badan... Jangan percaya teori merepek! ARTIKEL BERKAITAN: Jangan takut hingga mudaratkan diri... Peguam kongsi 6 langkah perlu diambil jika dipukul suami atau isteri Respons wanita itu mencetuskan tanda tanya sehingga doktor berkenaan menyoalnya kembali adakah disebabkan hipoglisemia dia dipukul. "Ya, doktor. Dia kata 'ha, tu la ikutkan sangat cakap doktor tu'. Kadang-kadang bila makan kat kedai, dia tak kasi saya order (pesan) air kosong. "Dia nak saya minum air manis. Dia malu orang tahu saya hidap kencing manis. Kalau order air kosong, balik rumah kena pukul," katanya. Nak nasihat cerai, rasanya mesti dia pun dah lama fikir dan faham. DOKTOR Doktor berkenaan menyarankan wanita itu membuat aduan kepada pejabat agama Islam bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya. "Sudah, tapi suami tak nak pergi. Saya pergi sendiri. Orang pejabat tak buat apa pun, kasi nasihat je. "Suami saya yang baran, saya pula yang kena nasihat. Lepas tu balik rumah kena pukul," dakwa wanita itu. Jelas wanita itu lagi, laporan polis juga sudah dibuatnya sebelum ini dan suaminya pernah ditahan polis. Segelintir mangsa mendiamkan diri kerana takut pada ugutan pasangannya. -Gambar hiasan "Dia kena tahan kejap. Lepas tu dia balik rumah, saya kena pukul. Saya pun tak tahu nak mengadu kat sesiapa dah. "Kalau doktor nak jumpa dia, dia ada dalam kereta tu. Tapi bila dia tahu saya mengadu, balik kena pukul la nanti," katanya. Doktor itu memaklumkan dia tidak tahu cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. "Jem kita. Tak tau nak tolong macam mana. Nak nasihat cerai, rasanya mesti dia pun dah lama fikir dan faham," kata doktor terbabit. Sebelum pulang, wanita itu mengakui pernah terlintas di fikirannya untuk berpisah tetapi terpaksa melupakannya kerana dia tidak bekerja dan suami yang menanggung mereka sekeluarga. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube