suria

Kaku di kedai makan, wanita rasa gelap masa depan... Lepas putus dengan pakwe, kena buang kerja pula

Setiap manusia tidak dapat lari daripada ujian .-Gambar hiasan

NASIB wanita ini boleh dikaitkan dengan ungkapan 'sudah jatuh ditimpa tangga'.

Berdepan dugaan bertimpa-timpa membuatkan dia berasa sukar untuk meneruskan kehidupan walau sudah dinyatakan dengan jelas dalam Islam bahawa setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, wanita berkenaan berkongsikan liku-liku kehidupan yang perlu dilalui sehingga berasa hampir putus asa.

Setiap individu diuji dengan cara berbeza-beza. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia baru hilang pekerjaan dan pada masa sama hubungan dengan teman lelaki juga putus disebabkan masalah peribadi.

"Saya umur 34 tahun, baru diberhentikan kerja hari ni, tapi masih dalam kontrak dengan syarikat. Semalam pula relationship saya yang selama lima tahun secara rasminya berakhir.

"Saya sekarang ni tak tahu nak rasa macam mana, tak pasti nak menangis, bersedih, kecewa atau mengelamun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaum Hawa disaran hati-hati nikah duda bercerai hidup, siasat sejarah perkahwinan! Tiada wanita nak menjanda jika dapat suami baik

ARTIKEL BERKAITAN: Nak merasa pegang duit banyak, staf ‘gomen’ buat pinjaman peribadi... Pejam celik 200K hangus, hidup kembali miskin!

"Pada masa saya menulis luahan ni, saya sedang di kedai makan, badan saya hanya kaku. Cuma mata saya sahaja boleh bergerak tengok orang di sekeliling saya menjamu selera," coret wanita itu yang mungkin mengalami depresi.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya cuba memberikan kata-kata semangat serta sinar harapan kepada wanita berkenaan.

Pergi kepada sahabat atau keluarga terdekat yang awak boleh percaya, luahkan semuanya, jangan simpan seorang, nanti makan diri.

WARGA MAYA

"Apa yang berlaku sekarang ini tak akan kekal selama-lamanya, fokuskan pada hari-hari mendatang, lepaskan perkara yang sudah berlalu.

"Pergilah bercuti ke mana-mana, kosongkan fikiran tu daripada kekusutan, kembali semula dengan permulaan baharu. Awak masih muda lagi, ini bukan pengakhiran segala-galanya.

Pelayar memberikan sokongan.

"Setiap cabaran atau ujian dalam hidup ni pasti ada jalan penyelesaiannya, awak kena sabar sikit je lagi. Sementara itu, pergi cara hobi yang boleh mengisi kekosongan jiwa awak.

"Dalam waktu yang gelap ini, pergi kepada sahabat atau keluarga terdekat yang awak boleh percaya, luahkan semuanya, jangan simpan seorang, nanti makan diri. Semoga dipermudahkan urusan awak anonymous," nasihat beberapa pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain