suria

“Aku sayang dia... aku layak kena lempang” - Cari ‘penyakit’ ikut BF keluar tengah malam, wanita mengadu dipukul depan KLCC

Mangsa pukul perlu mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis. -Gambar hiasan

TIADA wanita yang layak dipukul atau dianiaya, namun ramai sebenarnya dalam diam terus menjadi mangsa keganasan lelaki.

Di platform X, seorang wanita mendakwa dia baru sahaja menjadi mangsa pukul teman lelakinya dalam kejadian pada 24 Disember lalu.

Dakwa pengadu, ia berlaku ketika mereka berada di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC), kira-kira pukul 12 tengah malam.

Page one plan on the alarming of rape cases in the rising plus sexual booming. We will ask them to pose pictures on both with silhouette act. We will add graphics into it. Pleases give some space for graphics in the picture. Another picture is on child abuse. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Wanita yang menjadi mangsa keganasan akan mengalami trauma dan tekanan emosi. -Gambar hiasan

"Aku kena marah dengan teman lelaki aku dekat area KLCC lebih kurang pukul 12 tengah malam lebih, tiada orang tolong.

"Aku berlari-lari minta tolong. Lepas tu ada polis bantuan datang, dia (teman lelaki) suruh naik pergi tempat lain pula.

"Aku terpaksa ikut sebab dia jerit-jerit macam orang gila. Dia bawa aku pergi tempat lain pula, dia jerit maki aku," dakwa wanita terbabit.

Mungkin sebab trust issue, sebab tu aku deserve kena lempang.

MANGSA

Menurut wanita itu, terdapat pasangan lain yang menyaksikan kejadian berkenaan, namun mereka langsung tidak membantu.

Lebih menyedihkan, wanita itu berkata dia terpaksa melutut meminta maaf bagi meredakan amukan teman lelakinya.

"Tiada seorang pun berhenti tanya. Ada pasangan dekat perhentian bas mereka buat tak nampak je. Teman lelaki aku buat aku macam tiada harga diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terseksa kereta tersadai habis minyak, tayar pancit... Kecewa 2 lelaki tak boleh diharap, cabut lari naik e-hailing!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri panas baran, silap sikit terus naik tangan! Suami akhirnya buka mata, ‘angkat kaki’ lepas 10 tahun didera

"Kami bergelut atas jalan, aku sampai melutut minta maaf. Sumpah tak sangka dia akan naik tangan. Sebelum ni dia cerita pernah naik tangan dekat bekas kekasih dia sebab curang.

"Tapi aku tak curang pun. Sumpah aku terkilan. Aku sayang dia. Mungkin sebab trust issue, sebab tu aku deserve kena lempang," kongsi wanita itu lagi.

Di ruangan komen, ramai pelayar X seolah-olah tidak bersimpati, sebaliknya mereka beranggapan wanita itu sengaja mencari nahas apabila keluar dengan lelaki pada waktu malam.

Sentul Police station closed after person under Covid-19 quarantine went there to report attack for violating isolation order. - Aug 19,2020. - SHAARI CHEMAT /The Star

Ada mangsa yang tidak mahu membuat laporan polis kerana sayangkan pasangan. -Gambar hiasan

"Pukul 12 tengah malam kau kat luar rumah dengan lelaki ajnabi? Lepas tu kau expect harga diri kau macam shining bright like a diamond ke?

"Polis bantuan dah datang. Lepas tu dia jerit suruh pergi tempat lain, kau ikut kenapa? Sendiri cari nahas.

"Padan muka. Pukul 12 tengah malam masih gatal kat luar dengan jantan.

"Putus je la. Sebelum kahwin dah berani angkat tangan," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain