SUDAH diketahui umum restoran akan dipenuhi pelanggan pada waktu puncak seperti ketika makan malam. Pada masa ini, perkhidmatan mungkin menjadi sedikit perlahan berikutan tenaga kerja restoran tidak menang tangan untuk melayani pelanggan yang berduyun-duyun. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menzahirkan ketidakpuasan hati susulan pesanannya di sebuah restoran mengambil masa terlalu lama untuk tiba. Hospitaliti sesebuah restoran memainkan peranan penting. -Gambar hiasan Dakwanya, wujud unsur pilih bulu daripada pekerja restoran yang mengutamakan pesanan orang lain berbanding dirinya. "Hairan, makanan sampai dulu sebelum air. Saya ni sehinggakan dah habis makan pun air tak siap lagi. Padahal saya sudah order berkali-kali daripada pelayan, tetap air belum tiba ke meja saya. "Saya faham, saya pesan air kosong je, hina sangat ke? Mungkin mereka ingat saya nak berjimat kot, tapi sebenarnya saya tengah kurangkan pengambilan gula. Walaupun hal remeh je, tapi saya berkecil hati, macam dipulaukan. ARTIKEL BERKAITAN: Tengah makan, staf kafe biadab arah pindah meja! Pengurus ‘sogok’ air free demi ampu pelanggan kereta mewah ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah perut lapar, peniaga pula biadab! Pelanggan terkedu disindir tauke restoran, pesanan nasi goreng disuruh ambil esok "Lagi geram, kedai tu tiada servis layan diri untuk ambil air kosong, kalau restoran lain biasanya ada bekas dekat tepi yang kita boleh tadah guna cawan. "Benda sepatutnya boleh jadi mudah tapi rumit pula. Nak ambil air kosong sendiri tak boleh, apabila pesan tak sampai pula. Rasa macam nak tercekik waktu makan tu," ujar wanita berkenaan kecewa. Dah boleh amalkan untuk bawa air kosong sendiri, tak perlu nak fikir kalau restoran tu akan pulau kita. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, warga maya mencadangkan wanita itu supaya membawa bekal air kosong sendiri daripada rumah. "Mungkin nak kena order air yang gempak dan canggih baru sampai kot sis. Kalau nak tahu, antara sumber pendapatan utama sebuah restoran adalah daripada air bancuh. Pelayar bertukar pandangan. "Kalau ramai order air kosong, boleh hilang satu per tiga pendapatan mereka untuk seorang pelanggan. Itu sebab teh o ais pun harga paling murah RM2. Lagi satu, kalau perasan, ada sesetengah restoran yang caj 50 sen untuk air kosong. "Dah boleh amalkan untuk bawa air kosong sendiri, tak perlu nak fikir kalau restoran tu akan pulau kita sebab order air murah," ujar pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube