SEORANG lelaki menarik perhatian ramai apabila meminta belas ihsan orang ramai membantunya menyelesaikan isu rumah tangga selepas berpoligami. Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki tersebut mendedahkan bahawa dia mempunyai tiga orang isteri di mana dua daripada mereka berada di kampung dan seorang lagi yang tinggal bersamanya. Menurut pengadu tanpa nama itu, dua isterinya berada di Kelantan manakala seorang lagi tinggal bersamanya di lokasi yang tidak dinyatakan. Usaha lelaki itu meminta bantuan ramai untuk membeli tiket penerbangan dikecam. -Gambar hiasan Namun, dia kini berdepan masalah kewangan hingga menghalangnya untuk pulang ke Kelantan bagi bertemu dua isterinya yang lain. “Saya malu sebenarnya. Saya ada masalah kewangan sekarang ni. Boleh tak saya nak minta ihsan duit tiket kapal terbang balik Kelantan? "Saya terlalu rindukan bini-bini yang lain,” katanya meminta simpati warga maya menerusi sebuah grup di Facebook. Ujar lelaki itu dia sangat mengharapkan agar ada pihak yang sanggup menyumbangkan tiket kapal terbang pergi balik untuknya. ARTIKEL BERKAITAN: Cinta suami, bini kedua sangat utuh... Isteri pertama mengalah, dah cuba hidup bermadu tapi gagal ARTIKEL BERKAITAN: Bayangkan suami minta nak poligami, isteri yakin tiada masalah hidup bermadu! Ramai suruh hadap dulu, baru sembang Katanya lagi, sumbangan atau bantuan itu sudah memadai untuk melepaskan rindu terhadap dua isterinya yang berada jauh di sisi. "Moga ada insan yang prihatin dengan nasib suami yang berpoligami. "Dapat sumbang tiket kapal terbang pergi balik pun sudah cukup," katanya lagi. Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ada yang menyokong dan bersimpati dengan situasinya. Jangan kata duit tiket, duit masuk tandas awam pun tak akan ku berikan. NETIZEN Manakala tidak kurang juga yang memberikan komen sinis berhubung kehidupan berpoligami. "Aduh, naik bas je la bang... jimat sikit. "Tak payah la berlagak berbini ramai kalau (tambang) tiket kapal terbang pun harap ihsan orang. "Orang kaya pun kahwin seorang. Kau gatal nak kahwin ramai lepas tu minta duit dekat orang. Komen netizen di Facebook. "Jangan kata duit tiket, duit masuk tandas awam pun tak akan ku berikan. Dah mampu ada tiga bini, usaha la banyak-banyak," komen netizen. Dalam pada itu, beberapa warga maya turut memberi peringatan kepada pelayar lain agar berhati-hati dengan hantaran berkenaan. Berkemungkinan, tindakan lelaki itu cuba meraih simpati merupakan taktik penipuan untuk mendapatkan wang daripada orang ramai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube