DALAM setiap perhubungan, aspek kewangan sering kali menjadi isu sensitif yang dibahaskan di media sosial. Seperti yang dialami seorang wanita ini, dia dihimpit dilema apabila ibu kepada teman lelakinya kerap meminta duit daripadanya. Menurut pengadu sebagaimana dikongsikan di media sosial, alasan yang diberikan ibu kekasihnya itu ialah supaya rezekinya lebih berkat jika menghulurkan sedikit wang kepada orang tua. Tangkap layar mesej dihantar ibu kekasih kepada pengadu. "Ya Allah macam mana la kalau saya sudah kahwin dengan dia nanti. Sedangkan sekarang pun mak dia minta duit saya dengan alasan rezeki saya akan berkat. "Saya tak tahu nak menangis, marah atau gelak. Selama ini duit gaji saya tak pernah lupa nak bagi kepada mak ayah saya tau," katanya. Kurang senang dengan sikap si ibu itu, wanita berkenaan mengadu tentang hal itu kepada teman lelakinya. Kata pengadu, dia bersetuju untuk memberikan sedikit duit kepada bakal mentuanya itu tetapi dengan syarat agar kekasihnya juga bersikap adil kepada ibu bapanya. ARTIKEL BERKAITAN: Mentua mungkir janji bayar duit kahwin 36K, keluarga pengantin perempuan terpaksa tanggung hutang ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki cekik bekas ibu mentua hingga mati, berang tak dapat pinjam duit "Saya ada berbincang dengan kekasih sebab mak dia minta duit saya. Bagi alasan untuk ambil berkat jika nak rezeki saya lancar. Tapi dia marah saya semula. "Sebenarnya boleh je nak bagi mak dia duit tapi kekasih saya pun kena bagi juga duit dekat mak saya. Apa kata kita sama-sama ambil berkat. "Boleh ke macam tu? Agak-agak apa perasaan mak dia ya?," katanya lagi. Dalam satu hantaran lain, wanita itu turut berkongsi foto menunjukkan mesej perbualan antara dia dan ibu kekasihnya itu yang meminta duit gaji sebagai bukti luahannya. Tu kerja (tanggungjawab) anak dia, bukan awak... tak payah nak ambil hati dia sangat. NETIZEN "Dapat gaji tak nak bagi mama RM50 atau RM100 ke? Orang kata ambil berkat bagi orang tua. "Mama tengok tak ada pun nak bagi dekat mama sikit supaya rezeki tu berkat. Bukan nak banyak pun. Sedih mama ni kadang-kadang. "Tak banyak, seorang RM50 pun jadi la," tulis si ibu yang menggelarkan dirinya mama dalam mesej. berkenaan. Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang berang dengan sikap ditunjukkan ibu kepada kekasihnya itu. Respons pengadu kepada beberapa komen netizen. Malah, ramai yang menasihati wanita ini agar tidak lagi meneruskan hubungan dengan lelaki tersebut. "Eh eh... dah kenapa dengan makcik tu? Big big red flag (perkara yang menandakan bahaya) dik! Jangan jadi macai dia. Tolong ada common sense. "Kalau sudah nikah sekali pun, awak tak wajib dan tak perlu pun bagi duit sebab nak berkatkan gaji awak. "Tu kerja (tanggungjawab) anak dia, bukan awak. Tak payah nak ambil hati dia sangat. Kalau putus dengan kekasih awak, nasib la. Cari je lelaki lain," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube