SETIAP kanak-kanak wajar dilayan dengan adil untuk membina hubungan yang harmoni. Namun, seorang cucu membesar dengan rasa dendam apabila dia menjadi mangsa pilih kasih oleh datuknya. Menerusi perkongsian di TikTok, individu itu berkata dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya gara-gara perpisahan ibu bapanya. Kanak-kanak juga mempunyai perasaan dan mereka perlu diberi layanan yang adil. -Gambar hiasan Imbasnya, berlaku satu peristiwa yang menyebabkan dia sedar tidak menjadi cucu kesayangan datuknya pada waktu itu. "Aku dibesarkan dengan atuk dan opah sebab mak aku bercerai. Atuk aku pilih kasih. Opah aku saja yang okey. Yang aku ingat sampai sekarang, satu hari tu atuk aku beli mi segera. "Aku melompat kegembiraan, budak-budak lagi masa tu. Tapi atuk aku cakap dia belikan mi segera tu untuk 'cucu' dia. Ayat tu aku ingat sampai sekarang. Bukan berdendam tapi atuk aku ada cucu yang dia sayang untuk doakannya. CUCU TERSAKITI "Opah sound atuk aku, sebab aku pun cucu dia. Lepas tu aku bawa diri, menitis air mata. Opah masakkan mi segera tu untuk aku, tapi aku tak makan," ceritanya. Menurut pengadu, datuk dan neneknya sudah pulang ke negeri abadi, namun kenangan pahit itu kekal diingatannya sehingga ke hari ini. Malah katanya, dia juga memilih untuk tidak menitipkan doa buat arwah datuknya kerana terasa hati dengan layanan yang diterima ketika zaman kanak-kanak. ARTIKEL BERKAITAN: Kedai vendor pilih kasih, ibu tunggal sedih nasi banyak tak habis sebab disorok! Makanan orang lain semua letak atas meja ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah pilih kasih... 4 anak jadi doktor disanjung, seorang lagi diperlekeh! Beritahu orang lain ‘dia je kerja biasa’ "Tak larat nak telan. Opah aku suruh makan. Sampai sekarang, doa al-Fatihah, sedekah aku hanya untuk opah. "Bukan berdendam tapi atuk aku ada cucu yang dia sayang untuk doakannya," ujar individu itu tanpa menjelaskan secara lanjut maklumat dirinya. Perkongsian berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen, termasuklah mereka yang senasib dengannya. Namun, ramai juga yang meminta pengadu supaya memaafkan kesalahan arwah. Trauma kanak-kanak yang disisihkan kadang-kala berlarutan sehingga ke hujung usia mereka. -Gambar hiasan "Ingat aku seorang je kena macam ni masa kecil. Atuk, opah aku lagi kejam. Pilih kasih cucu belah anak perempuan je dia suka. Dendam sampai sekarang walau dah meninggal. "Kesannya sampai usia tua. Kalau diungkit rasa berdosa. Cuma luahan hati untuk mereka yang melaluinya. "Maafkan atuk tu. Yang lepas biarkan lepas. Allah suka pada hambanya yang pemaaf," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube