suria

Wanita geram rakan serumah asyik ‘rembat’ makanan, terpaksa ketuk bilik cari suspek... Bukan seketul, dua ambil tapi sebekas!

Ada segelintir individu yang tidak mempunyai common sense apabila tinggal menyewa secara beramai-ramai. -Gambar hiasan

LUMRAH apabila tinggal menyewa di bawah satu bumbung, pasti setiap penyewa mempunyai kerenah masing-masing atau mengikut 'kepala' sendiri.

Ada yang terpaksa bertahan apabila mempunyai rakan serumah yang pengotor, pemalas dan kedekut.

Bagi seorang wanita, dia terpaksa berhadapan dengan sikap rakan serumahnya yang tiada common sense kerana sering mengambil makanan orang lain tanpa izin.

Menurutnya, dia sendiri sudah beberapa kali menjadi mangsa rakan serumah itu apabila makanan yang disimpan di dalam peti sejuk dan dapur tiba-tiba lesap.

"Baru berapa minggu duduk sini, dah macam-macam barang aku hilang tanpa jejak," tulisnya menerusi satu perkongsian video di TikTok.

Bercerita lanjut, luahnya, antara makanan miliknya yang hilang adalah soft cookies dan durian crepe, kedua-duanya berlaku pada hari yang sama.

curi 2

Tangkap layar perkongsian wanita tersebut di TikTok.

"Saya baru susun makanan tersebut dalam peti sejuk. Pemilik rumah ni ada bagi section (dalam peti sejuk) untuk setiap bilik tapi makanan saya hilang.

"Dia (rakan serumah) punggah lepas tu susun balik tapi susunan barang-barang dalam peti sejuk berubah kedudukan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja hebat di bank tapi pengotor! Wanita pelik rakan serumah malas mengemas, habiskan masa baring sambil tengok TV

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram rakan serumah jahil agama, galak buat ‘video call’ dengan BF sampai nampak aurat orang lain... Melenting ditegur pasal solat

Wanita itu mendedahkan bahawa bukan dirinya seorang menjadi mangsa, bahkan rakan-rakan serumah lain turut mengalami kejadian sama.

"Saya ketuk setiap bilik dan tanya kalau mereka juga ada hilang makanan. Ada seorang tu, onigiri dia hilang. Seorang lagi sambalnya rosak tapi tak tahu siapa buat.

"Bila tanya, tak ada siapa yang mengaku. Saya cuba cari dalam tong sampah... tapi logiknya, takkan dia nak buang di situ. Mungkin dia buang dalam tong sampah di bilik dia atau luar.

"Saya rasa nak tanya lagi untuk cari siapa. Sebab itu makanan saya, mak saya beri duit untuk beli makanan. Nak ambil seketul ke dua ketul, aku tak kisah. Tapi dia ambil sebekas!" dedahnya.

Aku dah merasa. Bukan makanan je kena rembat, sabun baju pun sama.

NETIZEN

Bagaimanapun dalam hantaran terbaharu, wanita itu memaklumkan si pelaku sudah membayar ganti rugi kepadanya selepas video luahannya itu beberapa hari lalu menjadi tular.

"Tapi tidak tahu siapa... identitinya masih kekal misteri. Dia gunakan akaun media sosial palsu untuk menghubungi saya tapi dia dah bayar apa yang dia ambil. Jadi tutup kes.

"Kesimpulannya, jangan sesekali ambil sesuatu yang bukan milik kita. Tiada istilah seperti 'terambil' pada dasarnya, kerana ia bukan hak kamu.

"Tak salah pun minta kebenaran terlebih dahulu. Belajarlah adab, jangan jadi pencuri," katanya lagi.

curi 3

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman hampir sama mengenai sikap rakan serumah masing-masing.

"Saya letak ayam dalam peti sejuk, hilang. Baru nak masak. Menangis weh. Masukkan dalam grup WhatsApp rumah, seorang pun tak mengaku.

"Sebab inilah aku menyewa seorang. Aku baran bab makanan ni.

"Aku dah merasa. Bukan makanan je kena rembat, sabun baju pun sama. Aku bergaduh dengan dia, akhirnya dia berambus dari rumah," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain