suria

Niat nak kongsi dapat zuriat, tapi makcik mulut lancang! Wanita hamil reda anak bakal lahir warisi kulit gelap suami

Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit ketika berbual dengan seorang makcik. -Gambar hiasan

LULUH hati seorang wanita apabila berdepan dengan diskriminasi warna kulit ketika sedang hamil.

Menerusi satu hantaran di TikTok, dia mengimbas kembali perbualannya dengan seorang wanita yang disapanya sebagai makcik.

Dalam perbualan itu, makcik berkenaan bercerita tentang anak perempuannya yang bertemu jodoh dengan lelaki berkulit cerah.

Tindakan mengutuk warna kulit bayi adalah tidak wajar. -Gambar hiasan

"Saya saja nak kongsi. Satu hari tu saya duduk dengan seorang makcik ni borak fasal anak.

"Lepas tu makcik tu cakap dekat saya, suami kepada anak dia tu kulit putih. Jadi dia ada peluang cerah untuk dapat cucu berkulit putih," katanya yang dikenali sebagai Ain.

Namun apa yang tidak enak didengarnya apabila makcik tersebut secara tiba-tiba membandingkan suaminya dengan menantu wanita itu.

Pada masa sama, Ain turut menyedari dirinya turut berkulit gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: Kacak dalam masa setahun! Ibu terkejut video perubahan wajah anak raih 8 juta tontonan... ramai minta tip, ini jawapan si ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedih kenang ‘mulut orang’, datang ziarah bayi baru lahir sempat komen ‘kulit gelap’... selepas anak umur setahun ada komen lain pula!

Menurut Ain, dia tidak menyangka makcik berkenaan tergamak bercakap mengenai warna kulit di hadapan anak yang dikandung.

Walau bagaimanapun, dia hanya berlapang dada kerana apa yang penting baginya adalah dirinya selamat bersalin dan dikurniakan anak yang sihat.

"Saya masa tu tersenyum 'kelat' (senyum hambar) je. Sudah la masa tu saya masih di peringkat awal mengandung.

"Saya tak jawab apa-apa. Dalam hati, saya cuma doa pada Allah. Tak kisahlah warna kulit anak saya nanti, yang penting dia sihat dan membesar dengan baik," katanya.

Saya tak jawab apa-apa. Dalam hati, saya cuma doa pada Allah.

AIN FARAHANIM

Pendedahan Ain itu meraih perhatian ramai dengan rata-ratanya tidak menyangka masih wujud stigma dalam kalangan masyarakat mengenai warna kulit.

Bukan sahaja melukakan hati ibu mengandung, malah makcik berkenaan dikritik kerana lantang menyentuh isu sensitif melibatkan anak orang lain.

Beberapa warga maya turut menolak teori mengenai warna kulit bapa kerana setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.

"Suami cerah tapi saya gelap. Anak keluar gebu putih. Saya banyak minum minyak kelapa dara masa mengandung.

Antara komen netizen.

"Abang dan ipar saya mereka ni kulit sawo matang dan gelap. Tapi anak dilahirkan putih melepak sama warna dengan mak saya. Ramai kata nanti isteri dia gelap. Bayi pun dah kena fikir masa depan.

"Tak juga. Saya masa lahir putih macam Cina. Sudah besar jadi sawo matang. Suami pun putih juga. Dapat anak gelap-gelap je. Adik saya gelap sikit tapi dapat anak cerah. Tu atas takdir," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain